Gagal sempurnakan penalti, Tomi wajar ganti Habib dengan import Croatia, bakal 'top scorer'


  • Podium
  • Jumaat, 14 Apr 2023

Pasukan TFC bakal memberi saingan kepada skuad Gergasi Merah dalam perlawanan seterusnya.

PEMAIN import Terengganu FC (TFC), Habib Haroon menjelaskan bahawa dia tidak akan serik untuk mengambil sepakan penalti lagi walaupun tugasan pertama ketika berdepan Kuching City FC (KCFC) berakhir dengan kegagalan.

Pada perlawanan itu, bekas pemain kelab Al-Khalidiya SC dalam Liga Bahrain itu gagal menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-18 apabila bola sepakannya terkena tiang gol sebelah kanan walaupun penjaga import lawan, Julian Schwarzer gagal membaca arah sepakan pemain itu.

Skuad TFC berjaya membawa pulang tiga mata penuh dengan gol kemenangan 2-0 dalam perlawanan itu, walaupun Jordan Mintah yang meledak kedua-dua jaringan itu.

Rata-rata penyokong berasa kecewa dengan prestasi yang ditampilkan oleh pemain TFC tersebut kerana seolah-olah memandang remeh peluang sepakan penalti tersebut.

WhatsApp Image 2023-04-13 at 9.54.15 PM

Ivan Mamut diberi kepecayaan untuk mengambil sepakan penalti pada perlawanan seterusnya.

Rentetan kejadian itu,para penyokong TFC bersependapat untuk memberikan peluang kepada pemain Croatia iaitu Ivan Mamut. Hal ini kerana, sepakan penalti sepatutnya diambil oleh pemain tengah lebih sesuai dengan kehebatan pemain itu.

Oleh itu, jurulatih pasukan TFC Tomislav Steinbrucker diharapkan untuk menggantikan Habib kepada Mamut pada perlawanan seterusnya jika mendapat peluang sepakan penalti lagi.

"Bagi ke Jordan Mintah sahaja lah tendang penalti, biar Mintah jadi top score," kata Iqie Muhammad.

"Jangan bazirkan peluang gol, bagi sahaja Ivan (Mamut) atau Mintah," Nazrul Hafiz Nawawi.

"Pendapat saya untuk penalti cuba bagi (Ivan) Mamut saja ambil, dia punya shooting lain macam la," Arebu Ali.

Pasukan Sang Penyu bakal bertemu dengan Selangor FC pada perlawanan kesembilan dalam saingan liga super pada 18 April di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram