KELINCAHAN anak-anak buah Tan Cheng Hoe dalam beberapa perlawanan menampilkan mutu permainan yang baik, lebih-lebih lagi pemain sayap, Faisal Halim dan penyerang Selangor FC, Ayron del Valle.
Faisal yang mencetak dua gol dalam tujuh perlawanan dan empat kali membuat hantaran bantuan kepada rakan sepasukan untuk menjaringkan gol ketika menentang skuad Kuala Lumpur (KL) City FC dan Negeri Sembilan FC.
Bagi Ayron pula, dia merekodkan musim debut yang baik bersama skuad Gergasi Merah meskipun masih menerima kritikan atas gaya permainannya.
Berdasarkan rekod, dia pernah bermain selama satu musim di Liga Colombia dan menampilkan aksi persembahan yang menarik iaitu membantu bahagian serangan untuk membolosi gawang pihak lawan untuk menghasilkan gol.
Namun begitu, penyerang utama berusia 35 tahun itu turut berjaya mematahkan benteng pertahanan pasukan lawan dengan empat jaringan gol dan membantu hantaran satu kali setakat enam penampilan.
Faisal Halim menampilkan aksi persembahan yang memukau para penyokong terhadap kelincahannya.
Walaupun ia masih dapat dianggap satu pulangan yang baik, penyokong masih berasakan terdapat cara untuk kedua-dua rekrut ketika jendela perpindahan ini menambah baik prestasi setiap kali diturunkan.
Bagi seorang peminat setia Selangor FC, Syafiq Kigyoka, Cheng Hoe perlu mengambil insiatif untuk mengubah posisi Faisal dan Ayron untuk aksi selepas ini.
"Ayron makin bagus, tapi lebih baik dia ganti posisi dengan Faisal Halim sebab ketepatan Ayron dalam melakukan hantaran memang bagus," katanya.
Pandangan berkenaan sepertinya disokong beberapa penyokong lain yang percaya kehadiran kedua-dua pemain itu hanya akan bertambah sekiranya berlaku perubahan.
"Paling bagus Mikey main freerole, dia bebas duduk atas kiri kanan tengah dan bawah, rotation position pun baik tapi kena improve lagi dari segi last passing dan finishing," kata Mon Ra.
"Ayron main tepi nampak lebih tajam sebelum ini pun banyak kali dia lari ke tepi, lebih baik duduk sayap dari strike utama," kata Roy Hassan.
Skuad Gergasi Merah bakal menerima kunjungan daripada pasukan Kelantan FC di Stadium MBPJ pada Ahad untuk perlawanan ketujuh dalam saingan Liga Super musim ini.
Skuad Gergasi Merah dikatakan mempunyai kelebihan dalam membawa pulang tiga mata penuh di halaman sendiri memandangkan tonggak utama pasukan Selangor FC turut turun beraksi untuk mematahkan benteng pertahanan The Red Warriors(TRW). — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram