Dah sampai masa gugur otai Sang Badak, bekas bintang skuad Jang disebut pengganti


  • Podium
  • Rabu, 05 Apr 2023

Sabah FC bakal membuat kunjungan menentang Kuala Lumpur City di Stadium Cheras. — Instagram/officialsabahfc

KEGAGALAN pasukan Sabah FC membawa pulang tiga mata penuh ketika berdepan Johor Darul Takzim (JDT) dikatakan berpunca daripada keampuhan benteng pertahanan pasukan.

Antara nama-nama yang disebut sebagai punca di sebalik kekalahan 0-4 di Stadium Sultan Ibrahim, Johor itu ialah penjaga gol skuad Sang Badak iaitu Khairul Fahmi Che Mat.

WhatsApp Image 2023-04-04 at 21.24.20 (1)

Apek perlu duduk di bangku simpanan kerana faktor usia.

Walaupun berpengalaman dalam dunia bola sepak, dia yang pernah mengawal kubu pasukan negara dikatakan tidak mampu menjadi penjaga gol yang sesuai untuk pasukan Sabah FC musim ini.

Oleh itu, penyokong pasukan Borneo itu mula memetik nama bekas penjaga gol pasukan Negeri Sembilan FC (NSFC), Damien Lim untuk bertanggungjawab menjaga gawang Sang Badak daripada dibolosi pihak lawan.

Sebelum ini, anak jati kelahiran Selangor itu pernah diturunkan dan menampilkan aksi persembahan menarik apabila hanya dibolosi sebanyak dua kali dalam dua perlawanan, iaitu ketika menentang Kuching City dan Sri Pahang FC.

Pemain yang berketinggian 1.74 meter itu memberikan kelebihan kepada pasukan Sabah FC dalam mengagalkan percubaan pihak lawan untuk membolosi gawang skuad Sang Badak.

WhatsApp Image 2023-04-04 at 21.24.19

Walaupun hanya dua kali sahaja diturunkan sepanjang enam perlawanan, tapi penyokong inginkan sentuhan Damien.— Instagram/limdamien

Damien Lim juga pernah bermain menabur bakti untuk pasukan Selangor FC sebelum berpindah ke skuad Petaling Jaya FC (PJ) selama satu musim.

Namun begitu, rata-rata penyokong menginginkan pengendali Sabah FC untuk memberikan minit permainan kepada pemain berusia 26 tahun itu dalam menyekat serangan lawan.

"Memang sudah sampai masa Apek (Khairul Fahmi) direhatkan, bagi orang muda yang lebih agresif seperti Damie Lim," kata Cherlie Rosli.

"Kami peminat tegar Sabah mahu Damien Lim diturunkan esok malam dengan kadar segera," Muhamat Alif Alif.

"Ya sangat-sangat bersetuju dan sokong Damien Lim diberikan pendedahan dan telah diuji sebelum ini, penyokong mengharapakan mata penuh permainan esok," kata Mohd Sabli Bin Etong.

Skuad Sabah FC bakal berkunjung ke Stadium Cheras, Kuala Lumpur dalam aksi perlawanan ke tujuh dalam Liga Super pada Rabu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram