Lucas-Kpah dijangka bergandingan aksi lawan Sang Kenari, fans Pahang mula imbau duo berbisa


  • Podium
  • Sabtu, 01 Apr 2023

Lucas (kiri) dijangka akan membentuk satu gandingan maut di samping Kpah Sherman. — Facebook/Sri Pahang FC

PENYERANG berbisa pasukan Sri Pahang FC, Lucas Silva dijangka bakal bermain dalam saingan Liga Super untuk membantu jentera serangan skuad Tok Gajah bagi mengumpul tiga mata pada perlawanan menentang Kedah Darul Aman FC (KDA FC) di Stadium Darul Makmur, Pahang pada Sabtu.

Kedudukan skuad Sri Pahang ketika ini berada di tangga kelima selepas mengumpul sembilan mata dengan hanya dua kali menang dan tiga kali seri dalam saingan Liga Super.

Di samping itu, pemain berusia 32 tahun itu dilihat dapat membantu rakan sepasukannya iaitu Kpah Sherman yang dikatakan memerlukan bantuan penyudah berbisa itu melakukan aksi cemerlang menentang KDA FC.

Lebih menarik lagi, sekiranya dapat diturunkan di atas padang bersama-sama, ia dijangka dapat meningkatkan kemampuan barisan serangan pasukan.

Ini kerana penyokong berpendapat agar Lucas dan Kpah digandingkan bersama dalam perlawanan itu dan mengingatkan mereka kepada nostalgia Matias Conti dan Dickson Nwakaeme.

"Kita tengok gandingan Kpah Sherman dan Lucas Silva seperti mana sebelum ini Matias Conti dan Dikson Nwakaeme," kata Syed Rahim.

WhatsApp Image 2023-03-31 at 22.50.16

Nwakaeme (kiri) dan Conti pernah membentuk satu gandingan yang cukup berbisa.

Gandingan antara Conti dan Dickson sebelum ini pernah mematahkan benteng pertahanan pihak lawan yang akhirnya membantu skuad mereka meraih kejayaan demi kejayaan.

Ini dapat dibuktikan apabila gandingan penyerang itu berjaya membantu skuad Tok Gajah menjulang trofi Piala FA dan Piala Malaysia.

Tidak cukup dengan itu, gabungan itu menjadi antara punca skuad Tok Gajah menjadi salah satu pasukan yang cukup digeruni sehingga pemergian kedua-dua itu pada 2015.

"Kemenangan milik Pahang FC, biarpun belum solid tapi mampu merobek gawang lawan, welcome first game Lucas dan Shamie buat yang terbaik, saya tak minta banyak tiga gol saja malam ini,bagi Kedah FC bawa balik telur rebus," kata Hafizz Oziel.

Jadi, dengan kepulangan Silva, mereka dijangka akan dapat menjadi sebuah pasukan terbaik, lebih-lebih di bawah kendalian ketua jurulatih berpengalaman, Fandi Ahmad. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram