'Baik beli kacang duduk depan TV', fans tawar hati ke stadium, bengang pemain Penang tak bersungguh


  • Podium
  • Ahad, 09 Apr 2023

Penyokong mengharapkan Penang dapat mengubah prestasi dan nasib mereka untuk berada dalam senarai teratas. — Facebook Penang Football Club

PERUBAHAN taktik dan corak permainan antara yang diharapkan penyokong terhadap pemain Penang FC. Meskipun rata-rata mempamerkan rasa muak kerana pasukan Harimau Kumbang seperti tiada perubahan atau penambahbaikan.

Oleh kerana kekalahan demi kekalahan, penyokong tidak meletakkan harapan Penang mampu melakukan perubahan apatah lagi mengubah tangga kedudukan untuk berada dalam senarai lima pasukan tertinggi.

Dalam aksi tujuh perlawanan, hanya satu saja kemenangan yang mampu riah memandangkan selebihnya tewas atau seri.

Wujud juga sindiran mengatakan Penang bukan mengejar kedudukan tangga kejuaraan, tetapi lebih senang memilih untuk berada di tempat tercorot.

Pada masa sama, penyokong di Facebook Penang Football Club juga melahirkan rasa tidak puas hati dan kurang berminat untuk hadir ke stadium kerana berpendapat tindakan tersebut hanyalah satu pembaziran.

339119371_266875972331834_1426925835005574087_n

Disebabkan sering tewas dalam perlawanan, penyokong sudah mula bosan dengan corak permainan yang ditonjolkan pemain Penang. — Facebook Penang Football Club

“Buat apa nak pergi stadium sebab memang sudah tahu akan kalah. Jadi daripada membazir, baik duit tu guna untuk beli barang raya,” kata John Ahmad.

“Layan dekat rumah. Layan dekat stadium pun kesungguhan nak menang tiada. Penyokong nak tengok kesungguhan untuk menang, ini lawan dengan kelebihan pemain, seorang pun boleh kena serang,” kata Muhammad Nur Amin.

“Duit nak beli tiket kita pakai beli kacang dan keropok untuk duduk depan televisyen. Mereka nak main tu mereka punya hal, janji hati tak sakit sebab buang duit modal dekat mereka,” kata Nasir Sur.

Biarpun berang dengan prestasi pemain, penyokong tetap mengharapkan agar Penang mampu meraih mata menentang The Cops pada Ahad dalam pertemuan di Stadium Bandaraya.

Peluang beraksi di tempat sendiri harap dapat dimanfaatkan oleh Penang agar dapat membebaskan diri daripada kelompok terendah.

340084992_743924330774816_1041551575125539869_n

Beraksi di tempat sendiri, Penang diharapkan berjaya membawa pulang 3 mata menentang PDRM pada Ahad. — Facebook Penang Football Club

“Kita bukan minta 100 gol pun, cuma mahu tiga mata. Dapat 1 pun jadi. Kalau nak bagi 5 pun baik juga, tapi mampukah?” kata Anuar Malek Din.

“Aku tetap bersangka baik. Perlawanan ini menang 2-0,” kata Fazli Irwan Roslan.

“Tak minta banyak, harap boleh menang. itu saja,” kata Saif Ali.

Jika Penang masih gagal dalam pertemuan dengan PDRM pada Ahad, Penang berkemungkinan mampu meraih kemenangan menentang Kelantan United pada 18 April dan Kuching FC, 27 April depan.

Ini kerana kedua-dua pasukan terbabit berada di tangga lebih bawah berbanding dengan Penang. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram