PELAKON jelita, Diana Danielle meluahkan rasa kesal terhadap suaminya, aktor, Farid Kamil yang memilih untuk berkongsi kisah pergolakan rumah tangga mereka kepada umum.
Diana, 32, dalam satu hantaran yang dimuat naik di laman Insta Story Instagram pada Isnin memberitahu, dia tidak mahu memberikan sebarang kenyataan, namun tindakan Farid itu menyebabkan dia perlu bertindak.
Katanya, tunggakan bayaran nafkah selama empat bulan masih belum dibayar termasuk segala kos penginapan dan penerbangan mereka sekeluarga menunaikan umrah baru-baru ini turut ditanggung semuanya oleh Diana.
"Saya tidak pernah mahu memberitahu perkara sebenar kepada umum, tetapi memandangkan awak tetap memilih untuk memanggil media dan menagih simpati, awak membiarkan saya tiada pilihan.
"Kita tunggu segalanya keputusan mahkamah nanti. Trip ke Makkah saya bayar untuk semua empat beranak. Saya tidak harap pun dia bayar balik, sebab sudah biasa bila saya keluarkan duit untuk apa-apa, selagi tak ingatkan dia pun takkan ingat nak gantikan balik.
"Tapi dia sendiri cakap, dia akan cover balik cost flight & hotel dia di Makkah. Malangnya sampai hari ini hanya tinggal kata-kata," tulis Diana.
Farid dan Diana mendirikan rumah tangga sejak 11 tahun lalu.
Pelakon Imaginur itu turut turut mempersoalkan insiden memarahi anak itu bukan remeh memandangkan Farid sendiri mula mempamerkan sikap panas baran dan memarahi anak mereka sehari sebelum kejadian.
"Saya anak tekankan di sini, dia mula tengking-tengking baran dengan anak dari malam sebelumnya. Sampai esok pagi, dia masih menengking anak-anak atas sebab-sebab remeh.
"Sampai ke tengah hari dia tengking saya sebab tak jumpa seluar dia. Petang dia tengking Aurora mengenai petik cili. Dua hari dia tak berhenti baran dan jerit sekuat hati.
"Aurora menggigil minta tolong dengan saya sebab dia sangat takut. Dia dipaksa untuk duduk dalam bilik Baba (nama panggilan Farid) malam itu sebab dia nak sambung 'ajar' anak.
"Bila saya masuk dalam bilik, anak saya tidur atas lantar depan pintu tandas berlapik sejadah. Saya jadi terkejut, dah ditengking sepuas hati dari petang, dia tak bagi anak tidur dengan saya (yang biasanya rutin), disuruh tidur atas lantai," katanya panjang lebar.
Dalam pada itu Diana turut mengatakan dia beberapa kali dihalang daripada mengambil anaknya.
"Saya tetap berkeras untuk bawa naak masuk bilik saya kerana takut apa lagi tindakan seterusnya. Sebelum saya keluar dari bilik, dia ugut lagi akan pukul anak esok sebabkan saya tidak bagi anak tidur atas lantai depan tandas.
Tangkap layar status yang dimuat naik Diana di Instagramnya.
"Emosinya sangat tidak stabil. Saya tidak pernah melihat dia berada dalam keadaan yang begitu.
"Bilik itu pun tak sesuai untuk anak masuk dan awak tahu kenapa bilik tu tak sepatutnya ada anak dalam itu. Jadi memang tak sesuai nak suruh anak tidur dalam bilik itu, apa lagi atas lantai," tambahnya lagi.
Diana turut menafikan Farid menyayangi kedua-dua anaknya kerana sebelum ini pelakon filem Anak Halal itu pernah mengugut untuk failkan permohonan buang nama anaknya daripada surat beranak anak.
"Kalau sayang betul pada anak, kenapa nak buang bin dan binti anak? Kenapa suruh saya failkan permohonan buang nama," terangnya.
Untuk rekod, Diana memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor pada 20 Mac.
Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram