Dah 3 kali tak turun padang, fans tertanya-tanya nasib Bergson aksi lawan Sabah


  • Podium
  • Ahad, 26 Mac 2023

Bergson (tengah) kini mengalami kecederaan dan tidak pasti sama ada boleh diturunkan ketika menentang Sabah FC pada Jumaat depan.

PARA penyokong bola sepak tempatan sudah pasti tidak sabar menyaksikan pertemuan dua pencabar kuat Liga Super antara Johor Darul Takzim (JDT) dan Sabah FC pada Jumaat depan.

Ketika ini, JDT berada di tangga teratas dalam kedudukan Liga Super, selepas mengutip 15 mata menerusi lima kemenangan daripada semua perlawanan.

Sementara itu, Sabah FC pula berada di tangga kedua apabila mengutip 13 mata, selain menang empat daripada lima perlawanan.

Di sebalik penantian itu, penyokong tertanya-tanya kedudukan tonggak pasukan sama ada akan membuat penampilan pada perlawanan yang bakal diadakan di Stadium Sultan Ismail, di Iskandar Puteri, Johor.

file7f6yiz1ir2qqdilud14

Aksi Bergson (tengah) ketika meraikan kejayaan bersama pemain JDT, selepas kemenangan menentang pasukan Melaka pada April 2021.

Sebelum ini, Majoriti melaporkan, Sabah mungkin kehilangan dua tonggak utamanya, iaitu Daniel Ting dan Saddil Ramdani pada aksi itu.

Difahamkan, Daniel yang merupakan pemain pinjaman JDT besar kemungkinan tidak boleh diturunkan menentang majikannya berdasarkan parent club rule.

Selain itu, semua pemain yang mewakili pasukan kebangsaan masing-masing termasuk Saddil (Indonesia) dan Daniel mungkin agak keletihan untuk terus bermain pada aksi Liga Super.

Bukan itu sahaja, penyokong JDT juga tertanya-tanya sama ada penyerang berbisanya, Bergson da Silva sudah pulih daripada kecederaannya sebelum diturunkan menentang skuad Sang Badak.

Muhammad Ridzwan Zamkhashri menulis: "Pastikan Bergson beraksi nanti. Jika masih tidak beraksi, maka ada sesuatu berlaku dekat Bergson."

Tambah Andy Osman: "Status Bergson masih jadi tanda tanya?"

Ridwan Shah berkata: "Macam manalah agaknya keadaan Bergson? Kalau dia tak ada harap JDT masih boleh menang lawan Sabah."

334519585_1799934867042823_4354848162231064054_n

Aksi Bergson (tengah) ketika menentang Kuala Lumpur City FC pada 1 Mac lalu. — JDT

Sebelum ini, Bergson dilapor tidak diturunkan dalam beberapa perlawanan Liga Super atas faktor kecederaan.

Ini termasuk perlawanan menentang Negeri Sembilan FC pada 6 Mac lalu, Kelantan FC (11 Mac) dan Selangor FC (17 Mac).

Meskipun tanpa kehadiran Bergson, JDT masih memperoleh kemenangan dalam ketiga-tiga perlawanan tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram