'Ada sikit bunyi mat salih', fans terkejut bekas pemain naturalisasi JDT selamba cakap Melayu 


  • Podium
  • Ahad, 26 Mac 2023

Bekas pemain naturalisasi JDT, De Paula dikatakan memiliki kebolehan untuk bertutur bahasa Melayu.

BAHASA Melayu tergolongan dalam kumpulan bahasa yang paling mudah untuk dipelajari. Buktinya apabila laman web esl-languages.com meletakkan bahasa Melayu di kedudukan pertama sebagai bahasa paling mudah di Asia.

Ini kerana bahasa Melayu tidak mempunyai perubahan perkataan dan tatabahasa perbuatan semasa, sebelum atau selepas. Begitu juga perkataan merujuk kepada jantina lelaki atau perempuan.

Mungkin disebabkan kelebihan itu membuatkan pemain naturalisasi Johor Darul Takzim (JDT), Guilherme De Paula mampu bertutur dengan bersahaja. Biarpun kedengaran fasih, namun masih ada loghat atau accent Inggeris yang tersisa dalam pertuturannya.

Perkara itu diakui oleh tukang gunting Fire Barber, Arif Rahimi Saifulizam, 23, yang turut menyifatkan pemain kelahiran Brazil itu mudah mesra dan sporting.

Perkara itu diakui oleh tukang gunting Fire Barbershop, Arif Rahimi Saifulizam, 23, yang turut menyifatkan pemain kelahiran Brazil itu mudah mesra dan sporting.

majoriti2023 (4)

Arif Rahimi Saifulizam

Berkongsi pengalaman, Arif Rahimi memberitahu, dia yang pernah berkunjung ke sebuah hotel terkemuka di Ibu Kota, dia berpeluang mendandan beberapa rambut pemain dan bekas pemain popular JDT antaranya Jordi Amat, Moussa Sidibe, Gonzalo Cabrera dan beberapa lagi.

“Saya ada berjumpa dengan De Paula. Dia cakap dengan dia. Dia kata; Oii kau pergi mana? Sepatutnya saya yang tanya dia.

“Dia boleh bercakap Melayu. Mungkin sebab dia sudah lama berada di Malaysia, jadi sebab itu dia boleh bertutur. Cuma masih ada kedengaran macam bunyi Mat Salleh sikit,” jelas Arif dalam satu video temubual dengan Harimau Malaya.

Dalam pada itu, Arif turut berkongsikan pengalaman berkhidmat sebagai tukang gunting rambut dengan pemain dari skuad Harimau Selatan itu.

Arif mengatakan, dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk memotong rambut pemain luar negara. Namun, perkara itu sedikit berbeza jika dibandingkan dengan pemain tempatan.

majoriti2023 (8)

De Paula dikatakan boleh bertutur dalam bahasa Melayu dan disifatkan sebagai seorang yang mesra.

“Sebelum potong rambut saya akan tengok dekat Instagram dia dulu gaya yang bagaimana dia suka. Kadangkala ada yang hendak gaya lama, tetapi jika inginkan gaya terkini, saya perlu belajar dulu.

“Ada waktunya pemain bukan hendak macam gaya yang dalam gambar yang kita tunjuk. Kadang-kadang gabung saja gaya potongan rambut itu.

“Player local selalunya akan cakap masa sudah hendak gunting rambut itu. Waktu itu mereka akan beritahu gaya yang bagaimana diinginkan,” ujarnya.

Memiliki pengalaman dalam bidang gunting rambut sejak 2016, Arif sering menerima jersi dan kasut but bola sepak sebagai hadiah cenderahati daripada pemain setiap kali selesai gunting rambut.

Untuk rekod De Paula sebelum ini pernah bermain dalam pasukan Perak FC, Kuala Lumpur City FC. Musim ini De Paula bersama dengan Melaka FC sejak Januari lalu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram