Pemilik 'Fire Barber' kongsi kisah Syafiq Ahmad buka pintu rezeki, siap tahu di mana Gonzalo Cabrera


  • Podium
  • Sabtu, 25 Mac 2023

Jordi Amat dan Cabrera (gambar kanan) merupakan antara dua bintang import JDT yang mendapatkan khidmat Arif Rahimi. — HarimauMalaya/ Facebook

TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Pepatah itu sesuai untuk menggambarkan tuah seorang tukang gunting rambut, Arif Rahimi Saifulizam yang tidak menyangka perniagaannya mendapat sambutan dalam kalangan bintang kelab elit Johor Darul Takzim (JDT).

Pemilik Fire Barber berkata, pelanggan pertamanya dalam kalangan pemain JDT ialah penyerang Harimau Selatan, Syafiq Ahmad yang mendapatkan khidmatnya sejak 2018.

"Waktu tu hari Jumaat, dia mesej saya tanya awak boleh datang rumah (untuk potong rambut).

"Waktu itu saya macam tak percaya betul ke Syafiq mesej. Macam tak sangka," katanya yang mengusahakan perniagaan itu bersama ayahnya di Johor Bahru.

73216513_1489154267914534_9165994752703725568_o

Syafiq merupakan pelanggan pertama Arif Rahimi. — Facebook

Menurut Arif Rahimi, ketika mahu ke rumah Syafiq, dia mendapati plug motosikalnya dicuri, namun ia tidak menjadi halangan untuk bertemu bekas pemain Kedah Darul Aman FC itu.

"Syafiq tanya awak datang naik apa? Saya cakap naik Grab.

"Dia tanya lagi motosikal mana? Saya pun cakap plug motor kena rembat," katanya menerusi rakaman di YouTube Harimau Malaya.

Cerita Arif Rahimi lagi, melihat Syafiq yang biasa ditonton di kaca televisyen berdiri betul-betul di depan matanya ketika itu, membuatkan bulu romanya meremang.

"Bulu roma saya naik. Betul ke ni Syafiq? Macam tak sangka Syafiq depan mata. Tak percaya dapat dia sebagai pelanggan pada masa itu," katanya.

WhatsApp-Image-2020-10-03-at-12.12.49-e1601699039852

Safawi juga pernah mendapatkan khidmat Fire Barber. — Facebook

Bertitik tolak dari situ, Arif Rahimi berkata, dia mendapat lebih ramai pelanggan dalam kalangan staf kejurulatihan dan pemain JDT.

"Lepas dapat Syafiq, saya dapat Rui Rodrigues (bekas pembantu jurulatih), Safawi Rasid dan bekas pemain import seperti Fernando Marques, Fernando Elizari dan Gonzalo Cabrera.

"Cabrera paling okay dengan saya time tu. Dia paling top dan ramai peminat JDT rindukan dia.

"Saya potong rambut dia, dia tak pernah lokek beri hadiah. Dia bagi but dan jersi tahun 2020 yang masih ada dalam simpanan sekarang," katanya.

carli de murga

Arif Rahimi dan import JDT, Carli de Murga yang dipinjamkan ke skuad Kelantan FC. — HarimauMalaya

Bercerita lagi tentang legenda JDT itu, Arif Rahimi berkata, Cabrera cukup dirindui oleh para penyokong.

"Kita tahu dia tak akan main bola lagi dah. Dia berhenti terus. Memang ramai penyokong tanya mana keberadaan dia.

"Apa yang dengar masa slow talk dengan dia, dia cakap - I finished contract, no football, no career, stop. (Saya habis kontrak, tiada lagi bola sepak, karier sebagai pemain bola).

"Jadi Instagram, WhatsApp apa semua dia tak akan guna lagi. Dia off semua. Sebab itu ramai rindukan dia.

"Saya ada hubungi adik ipar dia, dapat contact apa semua terus dia kata Gonzalo (Cabrera) ada kat sini (Malaysia), cuma dia tak nak orang cari dia. Dia selesa hidup low-profile," katanya.

51218471_1280978465398783_4023969045899378688_n

Cabrera dipercayai masih ada di Malaysia dan hidup secara 'low profile'. — Facebook

Cabrera menjadi salah seorang pemain import terbaik yang pernah dimilik oleh pasukan JDT sejak di bawah pengurusan Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) apabila dia menjadi penjaring gol terbanyak sepanjang masa buat pasukan Harimau Selatan itu.

Sepanjang beraksi bersama pasukan Harimau Selatan, Cabrera membuat 105 penampilan serta 44 jaringan dan 18 bantuan gol sejak mewakili pasukan JDT pada 2017.

Cabrera yang dilepaskan pada Disember 2021 berjaya membantu JDT memenangi Piala Sumbangsih, Liga Super Malaysia dan Piala Malaysia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram