Alang-alang power di NSFC, fans minta Selangor 'lepaskan' Sikh Izhan 


  • Podium
  • Sabtu, 18 Mac 2023

Sikh Izhan yang menampilkan prestasi cemerlang saat menentang Terengganu berjaya mencuri tumpuan penyokong yang masih mengharapkan NSFC berjaya menjulang piala Liga Super musim ini. — Facebook Negeri Sembilan Football Club 

KEMENANGAN Negeri Sembilan FC (NSFC) 2-1 dengan Terengganu FC merupakan kebangkitan skuad Jang setelah tewas teruk menentang Johor Darul Takzim 0-7 awal Mac lalu.

Kejayaan itu membuatkan penyokong kembali yakin dan berpendapat pasukan di bawah kendalian K.Devan mampu bersaing sekali gus merebut kedudukan teratas Liga Super musim ini.

Antara yang menarik perhatian dalam pertembungan dengan Terengganu itu, penyokong tertarik dengan kesungguhan penjaga gol, Sikh Izhan.

Ketangkasan dan usaha kerasnya mempertahankan gawang NSFC daripada terus dibolosi pihak lawan cukup membanggakan.

334084534_951470969351655_1481202843302439228_n

Sikh Izhan mempamerkan prestasi cemerlang ketika menentang Terengganu. — Facebook Negeri Sembilan Football Club

Meskipun pemain berusia 20 tahun itu memegang posisi sama ketika menentang JDT, namun Sikh Izhan tetap menjalankan tugas dengan baik di samping berjaya menyelamatkan beberapa rembatan.

Berdasarkan prestasi yang dipamerkan, Sikh Izhan berjaya meraih pujian selain mengharapkan agar dia dapat terus beraksi dengan NSFC.

Berdasarkan komen penyokong di Facebook Penyokong Setia Negeri Sembilan (PSNS), ada yang mengharapkan agar pemain yang dipinjamkan dari Selangor FC itu dapat dikekalkan.

NSFC diharapkan dapat mempertimbangkan Sikh Izhan untuk menyertai pasukan dan tebus kontrak yang dipinjamkan sejak Januari lalu.

"Loan dengan Selangor saja. Season depan dia balik Selangor balik.

330763929_167119715717450_1773283894127766643_n

Penyokong mengharapkan Sikh Izhan dapat menyertai NSFC sekali gus tebus kontrak dengan Selangor FC. — Facebook Negeri Sembilan Football Club

"Player pinjaman saja. Kalau bagus dengan team asal, ambil balik. NSFC ada duit untuk tebus kontrak.

"Tolong terus beli Sikh Izhan. Habis tempoh pinjaman terus buat tawaran beli saja.

"Rugi betul pemain pinjaman saja. Apa kata ambil terus jadi pemain tetap. Nampak power. Kalau serasi apa salahnya," kata penyokong.

Dianggarkan bayaran tebus kontrak Sikh Izhan atau nama sebenarnya Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman bernilai €25,000 (RM119,646). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram