SEMPENA kedatangan bulan Ramadan yang bakal tiba kurang sebulan saja lagi, restoran Four Points by Sheraton, Puchong, Selangor menawarkan hidangan berbuka bermula 23 Mac hingga 21 April depan.
Dianggarkan lebih 250 pilihan menu disediakan buat pengunjung pada tahun ini yang bercirikan masakan warisan Melayu.
Pengurus Restoran Four Points by Sheraton, Azri Marsuki berkata, masakan seperti kambing bakar, sup dan gulai kawah antara tarikan pada tahun ini.
Pelbagai pilihan makanan laut segar buat penggemar yang suka makanan laut mentah.
"Bertemakan Tradisi Warisan, kami mengetengahkan pelbagai makanan Melayu seperti pilihan gulai kawah, ayam, daging, kambing dan begitu juga dengan sup.
"Ada bermacam jenis menu sup seperti ayam, daging, kambing dan sup gearbox menjadi sajian utama buat buat pengunjung," katanya kepada Majoriti.
Dalam pada itu, Azri turut mengharapkan sokongan padu pengunjung terhadap bufet tersebut khususnya selepas negara dilanda pandemik Covid-19.
Tidak dinafikan, sektor perhotelan antara yang terkesan disebabkan perlaksanaan sekatan pergerakan sekali gus membantutkan hasrat pengembara untuk bercuti.
Sup gearbox dan variasi pilihan gulai kawah antara yang menjadi tarikan sempena bufet Ramadan.
"Tahun ini kami meletakkan angka luar biasa kerana sedia maklum sebelum ini kami kami berhadapan dengan situasi malap. Saya tidak kongsikan sasarannya, tetapi apa yang pasti pengunjung akan datang beramai-ramai.
"Tambahan kami menyediakan pelbagai pilihan menu buat penggemar makanan laut dan daging. Bagi makanan laut itu pula ada yang segar dan juga bergoreng. Jadi masing-masing boleh buat pilihan tersendiri," jelasnya.
Pada masa sama, terdapat kemudahan surau disediakan bagi memberikan keselesaan kepada pengunjung untuk menunaikan solat di tingkat satu. Kelengkapan seperti kain pelekat, telekung dan sejadah.
Terdapat pelbagai jenis pilihan ulam yang menjadi tarikan buat pengunjung.
Tempahan pembelian awal (Early Bird) Bufet Tradisi Warisan boleh dibuat bermula sekarang hingga 23 Mac pada harga RM110 dewasa dan RM55 (kanak-kanak).
Jualan harga normal pula bermula 23 Mac hingga 21 April iaitu RM158 (dewasa) dan RM79 (kanak-kanak). Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh hubungi 03 5891 8855. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram