Karya seksual melampau, kontroversi politik punca filem 'panas' gagal ke layar perak


  • Hiburan
  • Selasa, 14 Mac 2023

Sedutan babak dalam Friends With Benefits yang menjadi antara karya antarabangsa yang dilarang untuk ditayangkan di pawagam tanah air.

TERDAPAT pelbagai perkara yang boleh dikaitkan sebagai punca sesebuah naskhah tidak dapat ditayangkan di layar lebar.

Antaranya mengandungi unsur seksual melampau, menyentuh senstiviti agama, budaya dan masyarakat tempatan antara penyebab karya terbabit gagal dipertontonkan kepada umum.

Bukan sahaja karya yang dilakonkan oleh pelakon, malah terdapat juga filem animasi yang turut tidak mendapat tempat di pawagam.

Terdahulu, terdapat beberapa filem dalam dan luar negara yang gagal mendapat kebenaran tayangan kerana dikhuatiri akan mendatangkan kemudaratan atau tidak bersesuaian untuk tontonan rakyat tempatan.

Daulat

MV5BMmQ1YjhiYTItOGM0YS00OGFmLWFmODQtMjAzMTYwOGIxOWM1XkEyXkFqcGdeQXVyMTE0ODI0Mjc2._V1_

Menerusi laporan 2021, penerbit filem Daulat, Lacuna Pictures menerima keputusan apabila karyanya tidak mendapat kelulusan Lembaga Penapisan Filem (LPF) pada 2020.

Mengetengahkan elemen politik dikatakan menjadi punca filem lakonan Vanida Imran, Rashidi Ishak dan Tony Eusoff itu tidak dapat menemui penonton di layar perak.

Pada masa sama, terdapat dakwaan mengatakan filem terbabit mempunyai ciri persamaan dengan gerakan Langkah Sheraton, namun secara teknikalnya penggambaran filem berkenaan dilakukan pada 2019.

Dukun

MV5BMTcwYzQ1ZDYtYWEyYS00MTI1LTk1MjctOTY1ZTllNGRkMDU1XkEyXkFqcGdeQXVyMzY3MDU4NDk@._V1_FMjpg_UX1000_

Biarpun sudah tiga dekad insiden pembunuh berprofil tinggi melibatkan tokoh politik, Datuk Mazlan Idris dan Mona Fandey pada 1993, khalayak masih mengingati cerita kontroversi terbabit sehingga ke hari ini.

Awalnya, filem Dukun dijadualkan dapat ditayangkan pada Disember 2006. Namun, ia terpaksa ditangguhkan sehingga 2018.

Wujud khabar angin mengatakan filem tersebut diharamkan LPF kerana memiliki jalan cerita yang kontroversi dan mampu menyinggung perasaan keluarga terlibat.

Bagaimanapun pada 2018, Najwa Abu Bakar yang ketika itu Ketua Astro Shaw berkata, LPF tidak pernah mengharamkan tayangan. Sebaliknya mereka menunggu tarikh sesuai untuk dipertonton kepada umum.

Biarpun terpaksa menanti 12 tahun, filem arahan Dain Said itu menceritakan tentang Datuk Jefri lakonan Adlin Aman Ramlie yang meminta khidmat dukun bernama Dina (Datin Paduka Umie Aida) untuk membantunya mendapatkan kuasa dan kekayaan dengan cara ilmu hitam.

Selain mereka, filem Dukun turut dibintangi oleh Elyana, Bront Palarae dan Namron.

The Wolf of Wall Street

MV5BMjIxMjgxNTk0MF5BMl5BanBnXkFtZTgwNjIyOTg2MDE@._V1_

Filem terbitan anak tempatan, Red Granite ini turut tersenarai dalam carta filem yang tidak dapat ditayangkan di Malaysia.

Berlatar belakang tentang pelaburan saham yang dilham daripada kisah benar seorang jutawan bernama Jordan Belfort.

Dikatakan filem yang dibintangi oleh Leonardo DiCaprio, Margot Robbie, Cristin Milioti, Martin Scorsese itu dilarang untuk ditonton di pawagam tempatan kerana memiliki terlalu banyak babak lucah, dadah dan seks bebas.

The Wolf of Wall Street diterbitkan pada 2013 dan diarahkan oleh Martin Scorsese itu mendapat kerjasama dengan rumah produksi Appian Way Productions, Sikelia Productions dan EMJAG Productions selaku penerbit.

Lighyear

ox4goZd956BxqJH6iLwhWPL9ct4

Filem animasi terbitan Disney dikhabarkan menjadi antara naskhah yang paling dinantikan pada 2022. Namun, sayangkan tayangan filem arahan Angus MacLane itu tidak dapat ditayangkan di Malaysia kerana mempunyai unsur LGBT.

Percintaan hubungan sejenis dalam filem terbabit membuatkan watak animasi popular, Buzz Lightyear tidak dapat ditonton di layar perak.

Bukan sahaja di Malaysia, bahkan filem tersebut turut diharamkan di 14 negara lain antaranya Emiriah Arab Bersatu (UAE), Indonesia, Lubnan, Oman dan Mesir.

Friends with Benefits (FWB)

MV5BMTQ2MzQ0NTk4N15BMl5BanBnXkFtZTcwMDc2NDYzNQ@@._V1_

Diselitkan dengan unsur romantik dan komedi, filem arahan Will Giuck ini jelas bertentangan dengan budaya dan agama Islam sekali gus tidak ditayangkan di pawagam Malaysia.

Masakan tidak, meskipun diceritakan secara santai, namun asas plot penceritaan yang mengetengahkan tentang hubungan seks tanpa kahwin merupakan perbuatan haram dan salah di sisi Islam.

Diterbitkan pada 2011, filem FWB ini dibintangi oleh Justin Timberlake, Mila Kunis, Patricia Clarkson, Jenna Elfman dan Bryan Greenbery.

Menceritakan tentang hubungan dua sahabat yang berpendapat melakukan hubungan seksual teman baik sendiri tidak akan menjejaskan persahabatan mereka.

Ringkasnya terdapat beberapa perkara yang menjadi penyebab mengapa sesebuah naskhah tidak dapat diangkat ke layar perak.

Ini kerana bimbang paparan yang ditonjolkan mampu mempengaruhi pemikiran, ideologi dan fahaman tentang perkara yang bertentangan dengan agama, budaya dan senstiviti masyarakat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram