PERLAWANAN antara Johor Darul Takzim (JDT) dan Selangor FC yang akan berlangsung di Stadium MBPJ, Selangor pada Jumaat ini pastinya ditunggu-tunggu penyokong bola sepak tanah air.
Ini kerana, kedua-dua kelab itu merupakan 'musuh tradisi' lama yang dianggap sebagai pasukan yang masih kebal dengan rekod tanpa kalah selepas empat perlawanan Liga Super setakat ini.
Tambahan pula, kedua-duanya mempunyai barisan pemain bola sepak yang terkenal dan menjadi idola dalam segelintir penyokong.
Selain itu, peminat setia juga semestinya ingin melihat aksi yang bakal dipamerkan oleh penyerang berbisa kebangsaan, Faisal Halim ketika menentang skuad Harimau Selatan.
Begitu juga dengan penyokong JDT yang tidak sabar untuk melihat gandingan Bergson bersama seorang lagi pemain import dari Brazil, Diogo Luís Santo.
Namun, di sebalik keterujaan itu, ada dalam kalangan penyokong pasukan Lembah Klang yang meminta agar pemain sayap kanan, Hein Htet Aung direhatkan terlebih dahulu ketika menentang JDT nanti.
Manakan tidak, sepanjang empat perlawanan, pemain import berasal dari Myanmar itu dilihat kurang menyerlah dan tidak konsisten.
Penyokong meminta agar Hein perlu berusaha lebih agar dapat menandingi para barisan pemain JDT. — Facebook
Pada masa sama, ada penyokong yang berasakan pemain berusia 21 tahun itu belum cukup berpengalaman untuk berhadapan dengan JDT yang dilabel sebagai pasukan pilihan.
Seorang pengguna Facebook, Nazif Ramli berharap pemain berketinggian 174 sentimeter itu digugurkan daripada kesebelasan utama pada Jumaat nanti.
"Rehatkan Hein dulu, sudah beberapa perlawanan dia nampak off form. Cuba letak Mukhairi Ajmal ganti position dia.
"Agak rugi letak Mukhairi di bench (bangku simpanan) sebab kita sendiri tahu impak dia macam mana," katanya.
Sementara itu, Afit Fitri meminta agar pemain itu perlu berusaha lebih agar dapat menandingi para barisan pemain JDT.
"Hein perlu lebih keras. Decision making agak teruk. Dia perlu lebih aggresive dan nak lawan Corbin Ong itu bukan senang," katanya.
Setakat ini, skuad Harimau Selatan menerajui Liga Super dengan mengumpul 12 mata maksimum selepas empat perlawanan manakala Selangor FC pula berada di tempat ketiga dengan mengumpul 10 mata. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram