Mahu gah beraksi depan fans, Saddil dedah senjata baharu tumpulkan taring Harimau Kumbang


  • Podium
  • Rabu, 15 Mac 2023

Saddil memberi bayangan sudah bersedia untuk berhadapan dengan skuad Harimau Kumbang. — Instagram/Saddil

PEMAIN import Sabah FC, Saddil Ramdani membuka tirai Liga Super 2023 dengan prestasi yang cukup cermerlang setakat ini.

Manakan tidak, pemain berasal dari Indonesia itu dilihat semakin 'garang' merobekkan pintu gawang pasukan lawan setiap kali diturunkan untuk beraksi.

Ia terbukti sepanjang empat perlawanan, pemain berumur 24 tahun itu sudah menjaringkan tiga gol dan satu bantuan gol untuk skuad Sabah FC.

Pada masa sama, ada dalam penyokong bola sepak Negeri Di Bawah Bayu menyifatkan pemain sayap skuad itu dikatakan sebagai antara tonggak utama skuad Sang Badak.

Saddil juga boleh dikatakan antara pemain yang sangat digeruni setakat ini kerana prestasinya.

Mengharungi musim ketiga bersama pasukan Borneo itu, Saddil dilihat semakin selesa bermain di pentas Liga Malaysia selain juga menunjukkan kematangan dalam menggalas peranan yang diberikan dalam setiap perlawanan.

Screenshot_20230314_225016

But baharu Saddil yang bewarna merah jambu diterbangkan khas dari Indonesia. — Instagram/Saddil

Bakal berdepan dengan Penang FC dan seperti mahu memberi bayangan sudah bersedia untuk berhadapan dengan pasukan lawan, Saddil memuat naik satu gambar bersama but bola baharu miliknya pada Selasa.

"New weapon from Indonesia," tulisnya.

Difahamkan, but bewarna merah jambu itu diterbangkan khas dari Indonesia.

Perlawanan yang bakal berlansung di Stadium Likas, Kota Kinabalu itu pastinya ditunggu-tunggu oleh penyokong fanatik Sabah, lebih-lebih lagi selepas perlawanan kontrovesi Sabah FC menentang Sri Pahang FC di Stadium Darul Makmur, Pahang pada Ahad lalu.

Walaupun mendapat keputusan seri 1-1 namun, perlawanan itu turut menyaksikan ketua jurulatih Datuk Ong Kim Swee dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan pada separuh masa kedua.

Sehubungan itu, penyokong pastinya mengharapkan kemenangan daripada pasukan kesayangan mereka itu Jumaat ini.

Ketika ini, Sabah masih mengekalkan rentak terbaik dengan menduduki tangga kedua selepas mengumpul 10 mata dengan 10 gol berjaya dijaringkan.

Bagi Penang FC pula, prestasi kurang meyakinkan masih membelenggu pasukan utara tanah air itu yang hanya berada di kedudukan ke-11 Liga Super dengan sebarang kemenangan masih belum dicatatkan.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram