‘PM Anwar tolonglah dengar suara rakyat, benarkan keluar KWSP’


Kerajaan ketika ini dilapor tidak membenarkan pencarum membuat pengeluaran simpanan KWSP.

PENUBUHAN Kerajaan Perpaduan sejak tahun lalu memberi harapan baharu kepada rakyat, yang mengharapkan lebih banyak keluhan didengari selain menjadikan negara ini lebih maju dari semua segi.

Lantaran itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim meyakini bahawa kerajaan yang diterajui akan bertahan sehingga tamat penggal pentadbiran.

Kenyataan Perdana Menteri itu dikeluarkan bagi menempelak kenyataan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mendakwa kononnya Kerajaan Perpaduan akan tumbang.

Namun, kenyataan Anwar sebaliknya memberi persepsi yang kurang enak terhadap segelintir rakyat, terutamanya mereka yang mahukan agar pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan.

Faisal Rodzlan berkata: "Nak kekal sampai habis satu penggal satu je caranya iaitu luluskan KWSP bersasar."

Tulis Arie Typenk: "Luluskan pengeluaran KWSP dulu, kalau tak, bye lah Kerajaan Perpaduan. Kuasa di tangan rakyat."

Tambah Hairul Azuran Nasir: "Kalau saya diberi peluang jadi menteri, seminggu dah selesai masalah rakyat. KWSP on. "

file7p2l26c7e94voodmou5

Anwar yakin Kerajaan Perpaduan diterajuinya akan kekal sehingga tamat penggal pentadbiran. — Bernama

Sebelum ini, Anwar Ibrahim dilapor berkata, beliau berpegang dengan pendirian kerajaan untuk tidak membenarkan pekerja sekali lagi mengeluarkan simpanan di KWSP.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan akan mencari jalan untuk membantu pekerja tanpa membebankan mereka apabila bersara.

Sementara itu, terdapat juga dalam kalangan netizen yang meminta Anwar supaya kekal fokus menyelesaikan masalah rakyat.

Ismail Ahmad berkata: "Dah tak larat nak hadap sepenggal sampai dua tihga PM. Jangan heret rakyat ke kancah kemelut politik lagi. PRU15 (Pilihan Raya Umum ke-15) dah habis. Sekarang masa untuk berkhidmat kepada rakyat. Nak berpoliitk juga tunggu PRU16."

Tulis Hairul Azuran Nasir lagi: "Utamakan peruntukan besar pekebun peladang dan tiada orang tengah FAMA, jabatan lain pantau kuatkuasa tegas. Minyak tak turun buat masa ini, sebab nak tengok hasilnya, kalau tak berjaya turunkan minyak. Tapi pelabur adalah istimewanya. Janji bayar cukai. Ini sibuk berdendam rakyat jadi mangsa."

Jelas Shaari Anuar, kerajaan ketika ini boleh kekal dengan syarat mereka perlu berlaku adil.

"Kalau sekat peruntukan, royalti minyak, dan menganaktirikan negeri pembangkanng, tak lamalah rasanya." — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram