Baru terima borang EA, 4 langkah ini bantu anda lengkapkan e-Filing cukai pendapatan


  • Massa
  • Isnin, 06 Mac 2023

Seksyen 83 (1A) Akta Cukai Pendapatan 1967 menetapkan majikan perlu menyediakan dan mengedarkan Borang EA sebelum 1 Mac setiap tahun.

KETIKA melaksanakan proses penaksiran cukai pendapatan tahunan, Borang EA merupakan antara dokumen penting perlu dimiliki khususnya buat mereka yang bekerja di sektor swasta.

Borang EA atau Penyata Imbuhan Tahunan memiliki antaranya maklumat berkenaan gaji, bonus, komisen, bonus, faedah, elaun, pemotongan cukai bulanan (PCB) dan caruman serta manfaat lain disediakan majikan kepada pekerja.

Menurut Seksyen 83 (1A) Akta Cukai Pendapatan 1967, majikan perlu menyediakan dan mengedarkan Borang EA sebelum 1 Mac setiap tahun.

Penetapan tempoh tersebut dilakukan kerana individu layak dikenakan cukai pendapatan perlu menghantar borang cukai selewatnya 30 April dan boleh dikenakan penalti sekiranya melewati tarikh berkenaan.

Majikan yang gagal menyediakan borrang EA kepada pekerja boleh dikenakan denda RM200 sehingga RM20,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan, atau kedua-duanya.

Perunding kewangan, Shamsuddin Kadir menggariskan lima langkah perlu diambil oleh pekerja sejurus selepas mendapat borang tersebut daripada majikan.

1) Mula buat pemfailan cukai di platfom e-Filing

Capture

Untuk indivdu baru pertama kali melaksanakan pemfailan cukai, mereka perlu terlebih dahulu mencipta profil dalam talian untuk mendapatkan akses ke laman e-Filing.

Untuk rekod, seseorang diwajibkan membayar cukai pendapatan apabila menerima pendapatan tahunan sebanyak RM34,000 atau lebih, selepas ditolak caruman Kumpulan Wang Simpanan Pengguna (KWSP).

Kadar cukai dikenakan juga berbeza bagi setiap kumpulan pendapatan bermula daripada 1 peratus bagi banjaran pendapatan antara RM5,001 dan RM20,000 hingga 30 peratus (lebih daripada RM2 juta).

Bagaimanapun, kadar peratusan cukai tersebut boleh berubah-ubah mengikut tahun berdasarkan polisi kerajaan.

Untuk indivdu yang baru pertama kali melaksanakan pemfailan cukai, mereka perlu terlebih dahulu mencipta profil dalam talian untuk mendapatkan akses ke laman e-Filing.

Apabila selesai mendaftar, mereka boleh memulakan proses mengisi maklumat terdapat pada borang EA ke dalam sistem e-Filing yang boleh dibuat seawal 1 Mac setiap tahun.

Selepas melaksanakan langkah tersebut, pengguna akan mendapat informasi mengenai jumlah atau baki cukai pendapatan yang perlu dibayar kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Bagi mereka yang jumlah pembayaran PCB melebih kadar cukai perlu dibayar, mereka boleh terus menyerahkan pemfailan cukai yang dibuat itu di dalam e-Filing untuk dikemukakan.

Langkah ini bagi membolehkan mereka menerima kembali lebihan wang bayaran cukai yang sudah dibayar itu dengan lebih cepat.

2) Kenal pasti perbelanjaan layak dapat pelepasan cukai

18709525 - teacher with students in chinese school classroom

Antara item layak mendapat pengecualian adalah perbelanjaan melibatkan anak temasuk kos berkaitan persekolahan. —Positive Parenting

Bagi indivdu yang masih mempunyai jumlah atau baki cukai pendapatan perlu dibayar, mereka perlu terlebih dahulu mengenal pasti jenis perbelanjaan pada tahun percukaian tersebut yang boleh mendapat pelepasan cukai termasuk rebat.

Menurut Shamsuddin, ramai antara pembayar cukai yang tidak mengisi perbelanjaan pelepasan cukai dibenarkan kepada mereka ketika memfailkan cukai pendapatan.

Antara pelepasan cukai asas perlu diketahui adalah perbelanjaan keperluan anak-anak, yuran persekolahan dan pengajian; perubatan, insurans, zakat, perlindungan serta kemudahan gaya hidup seperti pembelian telefon bimbit, komputer riba dan alatan sukan serta penginapan hotel ketika melancong.

Pelepasan itu turut meliputi perbelanjaan bagi ibu bapa, isteri, suami atau isteri kurang upaya, anak, anak kurang upaya.

Pengecualian bagi setiap jenis perbelanjaan itu berbeza antara satu sama lain dan ia bermula daripada serendah RM350 bagi Caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) hingga RM9,000 untuk individu atau saudara tanggungan.

Had maksimum dan juga senarai pelepasan setiap perbelanjaan terbabit akan dikeluarkan oleh LHDN setiap tahun kerana boleh berubah bergantung kepada dasar kerajaan.

Bagi tujuan itu juga, individu terbabit perlu menyimpan bukti pembelian untuk digunakan semasa proses pemfailan cukai.

Pengguna boleh menangguhkan penyerahan pemfailan cukai untuk proses pengisian perbelanjaan berkaitan, namun perlu memastikan borang cukai dihantar sebelum tarikh tamat.

3) Buat rayuan untuk bayaran secara ansuran jika perlu

LHDN logo is seen at its branch in Damansara PerdanaAZHAR MAHFOF/The Star (This photo is for archive news desk and biz desk)(Inland Revenue Board)

Individu mempunyai masalah membuat pembayaran cukai dalam tempoh ditetapkan boleh membuat rayuan untuk melaksanakan pembayaran secara ansuran bagi tempoh tertentu.

Dalam pada itu, perlu diingatkan kepada pembayar cukai untuk tidak menghantar pemfailan cukai selagi tidak mengenal pasti jumlah sebenar cukai pendapatan pelu dibayar selepas ditolak pelepasan yang ditawarkan.

Ini kerana, pembayar cukai perlu membayar cukai pendapatan yang ditaksir dan dikenakan kepada mereka dalam tempoh 30 hari selepas borang cukai tersebut dihanta.

Kegagalan melunaskan pembayaran dalam tempoh tersebut akan menyebabkan pembayar cukai didenda dengan kenaikan 10 peratus daripada baki cukai yang tidak dibayar.

Dalam pada itu, untuk individu yang mempunyai masalah membuat pembayaran dalam tempoh tersebut, mereka boleh membuat rayuan dalam waktu 30 hari itu kepada LHDN untuk melaksanakan pembayaran secara ansuran bagi tempoh tertentu.

4) Pilihan untuk pembayar cukai sudah berkahwin

Capture

LHDN memberikan pilihan kepada pasangan berkahwin sama ada untuk memfailkan cukai secaar bersama atau berasingan. — Freepik

Shamsuddin berkata, perbezaan antara individu sudah berkahwin berbanding bujang hanya membabitkan pelepasan cukai untuk perbelanjaan tanggungan isteri dan anak-anak.

Bagi pasangan yang sudah berkahwin, LHDN memberikan pilihan kepada mereka sama ada untuk pemfailan cukai bersama atau berasingan.

Lazimnya pasangan yang memilih untuk membuat pengiraan cukai secara bersama adalah mereka yang mana salah seorang daripadanya tidak bekerja atau mempunyai pendapatan rendah.

Pilihan tersebut diambil antaranya bagi membolehkan pasangan atau untuk mendapatkan pengecualian cukai bagi tanggungan isteri yang boleh mencecah RM9,000

Bagaimanapun, pasangan yang masing-masing bekerja dan mempunyai pendapatan boleh dicukai kebiasaannya membuat pemfailan secara berasingan.

Ini kerana selain boleh mendapatkan pengecualian cukai bagi tanggungan tehadap ibu bapa masing, tuntutan pelepasan bagi tanggungan anak-anak juga boleh dibahagikan kepada suami dan isteri.

Malahan, pasangan yang masing-masing mempunyai pendapatan boleh cukai juga lazimnya membuat pemfailan berasingan bagi mengelak dikenakan kadar peratus cukai lebih tinggi sekiranya pendapatan mereka digabungkan.

Sebagai kesimpulan, Shamsuddin turut menggariskan beberapa pekara yang perlu dielakkan oleh individu ketika proses memfailkan cukai pendapatan mereka.

Antara adalah melakukannya pengisian pentaksiran di laman e-Filing ketika hari terakhir penyerahan borang cukai.

Beliau berkata, amalan itu tidak digalakkan kerana pengguna akan terdedah dengan risiko antaranya isu akses internet dan laman web yang tidak stabil untuk melengkapkan pemfailan.

Selain itu, beliau bekata, pembayar cukai juga tidak sepatutnya hanya menunggu panggilan daripada LHDN sebelum membuat pembayaran selepas menghantar borang cukai.

Semakan perlu dilakukan bersama LHDN kerana proses pembayaran perlu dilakukan selepas tempoh 30 hari penghantaran pemfailan cukai pendapatan itu dilaksanakan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram