Tunjuk prestasi kurang memberangsangkan, Engku Syakir dilabel 'Perosakmaker' oleh penyokong Ganu


  • Podium
  • Rabu, 01 Mac 2023

Skuad Sang Penyu tewas 1 - 0 kepada skuad Sang Kenari dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Darul Aman, Alor Setar pada Khamis. — Facebook/ KDAFC

PERLAWANAN Terengganu FC menentang pasukan Kedah Darul Aman FC (KDAFC) yang berlangsung di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah pada Khamis dipenuhi dengan dramanya yang tersendiri.

Walaupun kedua-dua pasukan dilihat cuba memberikan yang terbaik untuk pada minit pertama, namun kelebihan dilihat lebih berpihak pada skuad Sang Kenari.

Memulakan babak kedua, perlawanan itu terpaksa diberhentikan seketika ekoran daripada lampu limpah di stadium tersebut mengalami masalah dan tidak menyala.

Pada perlawanan tersebut Skuad Sang Penyu tewas 1 - 0 kepada skuad Sang Kenari. Jaringan yang dilakukan oleh pemain tengah KDA FC, Mohd Fadzrul Daniel pada minit-minit terakhir memberikan kelebihan kepada Kedah menang tipis dan pulang dengan tiga mata.

Berdasarkan tinjauan di media sosial, rata-rata penyokong tidak berpuas hati dengan pemilihan pemain utama yang dilakukan oleh Ketua Jurulatih TFC, Tomislav Steinbruckner pada perlawanan kali ini terutamanya meletakkan Engku Nur Shakir dalam kesebelasan utama.

332515870_171201765242375_2198725739506826109_n

Penyokong melihat yang bermain di posisi penyerang tidak menyumbang kepada pasukan pada perlawanan menentang KDAFC. — Facebook/TFC

Mohd Ame berkata, Engku Nur Shakir yang bermain di posisi penyerang tidak menyumbang kepada pasukan langsung tetapi selalu diturunkan sebagai pemain utama.

"Pemain jersi nombor 22 (Engku Shakir) buat onar. Pemain ini dari zaman bekas jurulatih, Nafuzi Zain lagi memang selalu menjadi buah mulut penonton.

"Tetapi saya pelik, kenapa jurulatih turunkan dia sebagai pemain gantian atau pemain kesebelasan utama," tulisnya.

Seorang lagi penyokong, Izhan Isaac turut bersetuju dengan Mohd Ame.

"Berat sungguh Engku Syakir nak berlari kejar bola. Nampak gayanya memang lima tahun lagi nak build up TFC," tulisnya.

Sementara itu, Abe Mat meluahkan rasa marah melihat prestasi yang ditunjukkan oleh pemain berusia 24 tahun itu.

"Engku Syakir ini sudah boleh dijual ke pasukan lain, langsung tidak berguna pada kelab. Geram aku tengok dia. Ini semua punca kita tak dapat samakan kedudukan malam ini," katanya.

Hanif Muhamad pula meninggalkan komen sinis melihat prestasi pemain tersebut.

"Pemain jersi nombor 22 layak jadi penyokong sahaja kerana level dia hanya orang biasa. Bagus dijual ke Pasar Payang," tulisnya.

Amin Rashid pula mengharapkan agar Engku Shakir tidak diturunkan pada permainan akan datang.

"Sakit hati aku tengok Engku Shakir itu main, buat perosak game. 'Perosakmaker' bukan 'playmaker'," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram