KETERUJAAN sekumpulan penyokong skuad Penyu untuk memberi sokongan kepada pasukan kesayangan mereka terganggu selepas bas yang naiki terlibat dalam kemalangan ketika menuju ke Johor pada Jumaat.
Bas persiaran yang membawa penyokong Terengganu FC itu difahamkan dalam perjalanan menuju ke Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri bagi menyaksikan perlawanan Piala Sumbangsih 2023.
Menerusi aksi sulung Liga Super 2023 itu, skuad Sang Penyu akan menentang pasukan tuan rumah, yang juga juara Liga Super 2022, Johor Darul Takzim (JDT).
Info kemalangan tersebut dimuat naik semula di Instagram penyokong Ultras Nung.
"Innalilahiwainnailaihirojiun.Musibah di awal musim.
"Perjalanan kami ke Johor sedikit tergendala dengan kemalangan ini.
"Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa. Mohon doakan kami semua dipermudahkan urusan," tulisnya.
Difahamkan, bas tersebut bertembung dengan sebuah kenderaan jenis Proton Waja.
Majoriti sedang mendapatkan butiran punca kemalangan tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram