Usia bukan penghalang, jika digilap 3 ubi muda bakal bantu Perak ke next level 


  • Podium
  • Sabtu, 25 Feb 2023

Pengalamannya beraksi dalam Liga Super pastinya meningkatkan kualiti skuad TBG yang memerlukan suntikan dan semangat berbeza dalam bersaing bersama gergasi Liga Super. — Facebook

SEMANGAT kental ubi muda skuad Sang Seladang harus menjadi contoh kepada pemain bola sepak dalam Liga Malaysia.

Walaupun skuad dibawah ketua jurulatih Datuk Lim Teong Kim itu mengalami beberapa kekalahan dalam perlawanan persahabatan sebelum ini tetapi ia tidah pernah melunturkan semangat pemain-permain muda tersebut.

Tentunya perkara itu wajar dilihat dari sudut positif supaya pemain muda di skuad senior yang bersaing di divisyen liga lebih tinggi dapat menggandakan usaha bagi menonjolkan kemampuan sebenar.

Berdasarkan bakat sedia ada, tidak keterlaluan jika kita katakan skuad The Bos Gaurus (TBG) kini sudah memiliki pemain muda berprestasi tinggi yang mampu menyumbang kepada kelab pada musim ini.

Tiga pemain akademi TBG yang sudah mulai membuktikan kemampuan di dalam skuad utama sejak perlawanan persahabatan diadakan Perak FC bersama kelab lain adalah seperti :

1. A. Shivan Pillay

Screenshot 2023-02-24 220132

A. Shivan Pillay. —Facebook

Walaupun baru berusia 22 tahun, pemain muda ini banyak menimba pengalaman dengan bermain dengan dua kelab yang lain iaitu Selangor Fc dan Petaling Jaya FC sebelum menyertai skuad Seladang.

Beraksi dengan pemain yang lebih senior sebelum ini menjadikan Shivan mempunyai kelebihan yang tersendiri. Pada masa sama, Shivan adalah pemain dalam skuad muda negara yang muncul juara Piala AFF Bawah 19 tahun 2018 kendalian jurulatih Bojan Hodak.

Pemain terbabit berjaya menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-90 bagi menoktahkan buat pasukan negara mengatasi Myanmar 3-2.

Sehubungan itu, kebanyakkan penyokong berharap agar pemain pertahanan berkenaan dapat membawa pasukannya itu ke peringkat yang lebih tinggi.

2. Harith Naem Jaineh

Screenshot 2023-02-24 220349

Harith Naem Jaineh. — Facebook

Harith Naem Jaineh merupakan nama yang tidak asing lagi bagi Lim Teong Kim kerana beliau sendiri melatih pemain muda itu di Akademi Mokhtar Dahari (AMD) suatu ketika dahulu.

Seperti Shivan, pemain berusia 21 tahun ini juga mempunyai pengalaman bermain dengan pemain yang lebih senior daripadanya apabila menyertai skuad Sang Badak pada musim lalu.

Selain itu, Harith juga pernah menyarung jersi pasukan Harimau Muda apabila dipilih sebagai pemain kesebalasan utama dalam skuad B-16 negara.

Untuk rekod, Harith dibawa ke AFC Championship 2018 dan Kejuaraan AFF bersama-sama penyerang sensasi, Luqman Hakim. Di AFF B-16, di mana dia berjaya meledak dua gol sekali gus menjadikan pemain muda itu kini mulai meniti di bibir peminat bola sepak tempatan.

3. Syukri Baharun

1656979

Syukri Baharun. — Facebook

Pemain berusia 21 tahun ini pernah dinobat pemain terbaik ketika mewakili skuad Hang Tuah berdepan Negeri Sembilan FC (NSFC) pada aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, Melaka.

Tetapi, dengan pasukan itu disahkan tidak lagi beraksi secara profesional, anak jati Kota Belud, Sabah ini memilih untuk berhijrah dengan Perak FC bagi mengembangkan lagi kariernya.

Pengalamannya beraksi dalam Liga Super pastinya meningkatkan kualiti skuad TBG yang memerlukan suntikan dan semangat berbeza dalam bersaing bersama gergasi Liga Super.

Namun, persoalannya, adakah Teong Kim bersama barisan kejurulatihannya akan memilih untuk terus memberikan minit permainan kepadanya apabila bakat dan kemampuannya masih belum dipamerkan sepenuhnya? — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram