Tanduk Sang Seladang makin tajam, 2 perkara penting tarik perhatian penyokong


  • Podium
  • Selasa, 20 Dis 2022

Baru-baru ini, satu pertembungan bersama kelab Thailand, Young Singh Hatyai United berakhir dengan kemenangan kepada Perak FC menerusi skor 4-2. — Facebook/PerakFC

SELEPAS semusim terkandas di Liga Perdana, penyokong Perak FC akhirnya mampu menarik nafas lega apabila pasukan kesayangan mereka kembali ke divisyen teratas bola sepak tempatan.

Rombakan struktur yang dibuat pihak Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) membolehkan skuad The Bos Gaurus (TBG) layak secara automatik dalam usaha perbadanan itu merancakkan lagi sukan tersebut dalam kalangan penduduk tempatan.

Bukan itu sahaja, pemilik baharunya, XOX Bhd melalui anak syarikat, XOX Pro Sport Sdn Bhd turut dilihat memberi nafas baharu kepada Skuad Seladang yang sebelum ini bergelut dengan isu kewangan.

Bagi mempersiapkan pasukan, pihak pengurusan juga tidak menunggu lama untuk melakukan rombakan dengan membawa masuk beberapa pemain baharu sebelum jendela perpindahan dibuka lagi.

Meskipun ramai pihak mempertikaikan keengganan untuk mendapatkan pemain berpengalaman, ia dikatakan sesuai dengan perancangan pengendali, Lim Teong Kim (LTK) yang sememangnya terkenal dalam menyemai bakat-bakat muda.

320739779_705094464468061_2218676280827163446_n

Perak FC bermain dengan baik ketika menentang Young Singh Hatyai United walaupun tiada pemain import. — Facebook/PerakFC

Pada masa sama, bagi membolehkan skuad musim depan lebih serasi, beberapa perlawanan persahabatan turut dianjurkan bagi membolehkan pemain memperolehi minit-minit permainan.

Baru-baru ini, satu pertembungan bersama kelab Thailand, Young Singh Hatyai United berakhir dengan kemenangan kepada anak-anak buah Lim Teong Kim menerusi skor 4-2.

Perlawanan yang berlansung di Stadium Perak pada Ahad lalu itu semestinya memberi berita gembira kepada penyokong tegar skuad TBG.

Menjengah ke ruangan komen halaman Facebook Perak Football Club, rata-rata penyong Perak FC membangkitkan dua perkara penting yang perlu diberi perhatian di sebalik kecemerlangan pasukan dalam perlawanan tersebut.

Seorang penyokong, Shaiful Hisham Harun berasa bangga dengan pencapaian pasukan tersebut.

"Tahniah Perak FC, permulaan yang baik untuk pembangunan akan datang. Semoga LTK dapat membina skuad yg mantap dan digeruni.Terbaik Perak," tulisnya.

Bagi Az Azhar pula, pasukan kesayangannya itu bermain dengan baik walaupun tiada pemain import. Ia jelas terbukti apabila kesemua gol dijaringkan oleh pemain tempatan pada perlawanan menentang kelab Thailand itu.

"Tiada pemain import pun boleh skor banyak," katanya.

Sementara itu, Mohamad Zaim berasakan pemain-pamain skuad TBG semakin serasi dan mampu bersaing bersama skuad gergasi yang lain untuk musim depan.

"Bukan senang XOX Perak FC naik daripada jatuh, nak mengatur corak permainan lagi. Pelan-pelan naik, ayuh Perak Football Club," tulisnya.

Seorang lagi penyokong, Najib Nawi berkata, tak ada striker (penyerang) import pun tak apa buat masa ini. Nak dapatkan yang berkualiti itu susah. Pandai la pengurusan scout striker yang bagus-bagus itu nanti. Sekarang ini sokong dulu pasukan yang baru nak naik.Sabar itu indah," tulisnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram