Dua pesanan penyokong, elak skuad Seladang berputih mata lagi


  • Podium
  • Isnin, 27 Feb 2023

Pada pada aksi perlawanan yang berlangsung di Stadium Perak, Ipoh, skuad Sang Kenari mudah menundukkan Perak FC dengan kemenangan 4-1. — Facebook KDA FC

SKUAD Seladang memulakan kempen Liga Super musim ini dengan keputusan yang agak menghampakan.

Manakan tidak, perlawanan pertama menentang Kedah Darul Aman FC (KDAFC) pada Sabtu dicemari dengan insiden kekasaran yang tidak sepatutnya berlaku.

Tindakan Ahmad Haziq Puad dan Sunday Afolabi mengasari pasukan lawan menyebabkan mereka diperintah keluar padang sekali gus membawa padah ke pasukan Perak FC yang terpaksa beraksi dengan sembilan pemain.

Seperti menabur garam pada luka di hati penyokong, prestasi penjaga gawang Bryan See juga dikatakan kurang memuaskan sehingga menyebabkan pasukan kesayangan mereka itu kalah di gelanggang sendiri.

Pada pada aksi perlawanan yang berlangsung di Stadium Perak, Ipoh, Perak, skuad Sang Kenari mudah menundukkan Perak FC 4-1.

Sehubungan itu, penyokong setia Perak FC mengharapkan skuad kendalian Datuk Lim Teong Kim itu untuk segera melakukan perubahan dalam kesebelasan utama pemainnya.

328113075_714931600108644_1465843002343766290_n

Ada penyokong yang berasakan prestasi penjaga gawang Bryan See kurang memuaskan sehingga senang dibolosi. — Facebook Perak FC

Malah ada dalam kalangan penyokong, Joyz Zulkefli berasakan untuk perlawanan akan datang, pasukan itu patut menurunkan semua pemain import.

"Turunkan semua pemain import kalau nak menang, " katanya.

Pendapat Joyz turut disokong oleh Amin90.

"Aku sokong turunkan semua pemain import diturunkan bila jumpa PDRM nanti. Bagi pemain muda ini tengok macam mana 'orang lama' beraksi, tengok pengalaman mereka. Dah beli tak akan nak simpan," tulisnya.

Mohd Fitri Abdul Mokhtar turut mengharapkan pemain import dari Korea dan Nigeria diturunkan pada perlawanan seterusnya.

"Harap boleh turunkan Christian Obiozor dan tiga lagi pemain import Korea itu pada perlawanan seterusnya," tulisnya.

Sementara itu, Azelan Hazim mengharapkan agar penjaga gawang utama skuad Seladang digantikan dengan orang lain.

"Tukar penjaga gol, tukar sebelum menjadi parah. Sudah nampak sudah (kelemahan).

"PDRM bahagian lain mungkin tidak seberapa bagus tetapi bahagian penyerang mereka bagus.

"Siapa yang tengok perlawanan PDRM menentang Sabah tahu. Uche Agba dan pasukan mungkin kalah tapi serangan mereka bagus," tulisnya.

Amirul Aizat Roslan pula meninggalkan komen berbaur sinis kerana marah dengan prestasi penjaga gol pasukan kesayangannya itu.

"Keeper utama Perak guna 'cable' ke masa selection," tulisnya.

Azelan Hazim turut menyuarakan pendapat agar Bryan See ditukar kepada orang lain.

"Tukar penjaga gol, kurang meyakinkan. Ini semua punca," katanya.

Untuk perlawanan akan datang, Perak FC akan bertemu dengan PDRM FC pada Selasa di Stadium MBPJ, Petaling Jaya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram