Ernie, Marsha didakwa lebih layak bawa pulang trofi Vokal Terbaik


  • Hiburan
  • Isnin, 13 Feb 2023

Persembahan memukau Aina Abdul membolehkannya membawa pulang dua anugerah dalam AJL37. — TV3Malaysia

ANUGERAH Juara Lagu (AJL37) yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, Selangor pada Ahad menampilkan barisan 12 finalis berentap untuk merebut gelaran juara.

Persembahan demi persembahan yang disajikan kepada ribuan penonton yang bersemangat menyokong artis tempatan yang mereka minati.

Aina Abdul merangkul trofi Juara lagu menerusi lagu ciptaannya Terus Hidup dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi. Lebih menarik lagi, Juara Lagu AJL37 itu turut membawa pulang trofi Vokal Terbaik dan wang tunai RM12,000.

Naib juara dimenangi oleh Joe Flizzow dan Sonaone menerusi persembahan daripada Suatu Malam Di Temasek membawa pulang wang tunai RM50,000 dan trofi. Anugerah Terindah nyanyian Alif Satar & The Locos pula menerima wang tunai RM30,000 bersama trofi di tempat ketiga.

Pemenang Persembahan Terbaik pula diraih oleh Shiha Zikir menerusi lagu Irama sekali gus membawa pulang wang tunai RM12,000 dan trofi. Anugerah Penyanyi Pilihan Alha Alfa dimenangi oleh Khai Bahar yang menyampaikan lagu Sengsara dan membawa pulang wang tunai RM12,000 beserta trofi.

Bagaimanapun, segelintir warganet berasakan terdapat finalis AJL37 lain yang lebih layak merangkul trofi yang dipertandingkan terutama kategori Vokal Terbaik.

Bagi netizen, pelantun lagu Korban, Ernie Zakri dan Marsha Milan Londoh yang menyanyikan lagu Kembali Terang lebih layak membawa pulang kategori Vokal Terbaik berbanding Aina Abdul.

151405656_539676530339333_7139642407168668865_n-819x1024

Penyanyi lagu Korban tidak membawa pulang hadiah. Agensi

"Tak puas hati la vokal.. patutnya Ernie Zakri la menang. Ernie punya vokal malam ni lagi sedap laaaaaaa eeeeee stressss Ernie tak menang",kata Findryyy.

"Masih tak bolehh move on dari persembahan lagu korban #AJL37 semalam. Vocal arrangement kemas, flawless dan nampak effortless. Emosi dalam lagu pun sampai. Modulation lepas bridge tu pun on point. Tapi, tu la xdak rezeki semalam. Its okay, Ernie Zakri tetap menang di hati aku", kata Putri Gunung Banang.

1Marsha2

Marsha yang membawa lagu Kembali Terang memukau penonton.Majoriti

"Marsha..oh Marsha..Sesak nafas aku! International level! Kalau ada yang kata menjerit..memang itu adalah the way how she should deliver that song! Kembali terang! Memang wowwww", kata Kembali terang.

"I don't know what to say if Marsha tak menang Top 2 & Vocal Terbaik untuk #AJL37 like that whistle note *cheff kiss*", jelas @maaaaansoo.

AJL37 dihangatkan dengan gandingan hos terkenal tanah air, Jihan Muse dan Sherry Alhadad yang tidak asing lagi dalam industri hiburan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram