'Yang datang dulu pun dah jadi tauke', rakyat khuatir kemasukan 500,000 pekerja asing makin kuasai ekonomi


  • Massa
  • Rabu, 18 Jan 2023

Sekumpulan pekerja asing dilihat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Disember tahun lalu.

KEPUTUSAN kerajaan membawa masuk seramai 500,000 pekerja asing ke negara ini dilihat tidak dialu-alukan oleh kebanyakan penduduk Malaysia.

Sebelum ini, Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar berkata, tindakan itu dilakukan bertujuan mengatasi masalah kekurangan pekerja asing khusus bagi lima sektor kritikal iaitu perkilangan, pembinaan, perladangan, pertanian dan perkhidmatan (restoran).

Tidak bersetuju dengan jumlah kemasukan itu, rata-rata pengguna media sosial meluahkan kekhuatiran mereka tentang lambakan warga asing di negara ini, yang mungkin akan menyebabkan dominasi dari segi ekonomi.

Zai Ahmad Shaharuddin Din berkata: "Depa (Mereka) kerja dalam tempoh setahun lepas tu dah tahu lubang (peluang) depa cabut dan buka kedai pula. Terbaiklah yang dulu mai (datang) pun dah jadi tauke banyak dah."

Pak Temit berpendapat: "500,000 dibawa masuk tapi 10,000 orang je yang jadi pekerja. Yang lain jadi tauke. Yang senang tauke-tauke kilang dan industri boleh bayar gaji murah. Rakyat tempatan jadi pemerhati dengan segulung sijil."

template - 2023-01-18T183934.223

Tangkap layar komen netizen berhubung kemasukan 500,000 pekerja asing.

Mia Zara mengecam: "Bagus. Inilah Malaysia yang kita nak. Rakyat pandai-pandailah cari makan ya. Buka kedai tepi jalan kejap lagi ada yang ganggu. Jual dekat trafik membahayakanlah. Nak sewa kedai memang tak mampulah. Akhirnya rakyat disalahkan."

Luah Alif Zainal: "Yang sedia ada pun tak boleh kawal, lagi nak bawa masuk 500,000 orang tu, 10 peratus pasti lari buka perniagaan dekat Chow Kit tu."

Bawa pulang warga asing sedia ada

template - 2023-01-18T183539.248

Tangkap layar komen netizen yang mahu warga asing sedia ada dihantar semula ke negara asal.

Sementara itu, ada juga memberi saranan kepada kerajaan supaya menghantar semula warga asing yang berada di Malaysia ke negara asal.

Ini bagi mengurangkan lambakan warga asing yang dilihat tidak memberi sebarang kebaikan kepada negara ini.

Mohd Faizullah berkata: "Yang ada di Malaysia pun dah berapa puluh ribu warga asing yang masuk cara sah. Belum kira yang masuk secara haram pun dah ramai. Ini pula nak tambah lagi, fikirlah sama jangan fikir duit semata-mata. Sepatutnya kerajaan kena hantar balik warga asing yang berada di Malaysia, bukan tambahkan lagi."

Semi Smd menulis: "Kalau boleh buat plan (rancangan) untuk masukkan mereka, pastikan ada plan juga untuk keluarkan mereka bila mana sudah tak diperlukan. Jangan sampai beranak-pinak kat sini pula."

Sham Ezani menambah: "Keluarkan dulu yang ada dekat Malaysia, baru bawa masuk yang baru. Sekarang ni berlambak warga asing yang kerja sendiri. Betulkan balik sistem yang sedia ada. Sepatutnya warga asing yang dah habis kontrak hantar balik ke negara asal, bukan dibiar bebas berkeliaran dalam negara." — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram