Budak lelaki disyaki didera diserah ke JKM


  • 112
  • Isnin, 16 Jan 2023

Kanak-kanak lelaki dipercayai warga asing ditemui dengan penderaan di badan di Batu 9, Cheras pada Jumaat. — Facebook

KANAK-KANAK lelaki yang ditemukan duduk bersendirian di persimpangan jalan di Batu 9, Cheras telah dirujuk ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Ketua Polis Daerah Kajang, Aasisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, kanak-kanak itu masih berada di Hospital Kajang untuk pemeriksaan kesihatan lanjut.

"Kami masih belum menerima laporan perubatan penuh berkaian dengan kesan kecederaan di badan, tanga, jari dan dahi kanak-kanak yang disyaki warga asing itu.

"Dia ditempatkan di hospital untuk pemeriksaan lanjut tetapi masih berada dalam keadaan baik.

"Setakat ini ibu bapanya juga masih belum tampil dan kami sedang mengesan keluarga kanak-kanak itu," katanya.

Terdahulu, kanak-kanak lelaki itu ditemukan duduk bersendirian di persimpangan jalan berhampiran pangsapuri Cheras Utama di Batu 9, Cheras, Selangor dengan kecederaan ringan di badan.

Mohd Zaid berkata, kanak-kanak itu yang berusia kira-kira empat tahun dan tidak boleh bertutur dalam bahasa tempatan itu ditemukan seorang lelaki pada 11.30 malam Jumaat.

"Kami menemukan beberapa kecederaan pada badan, tangan dan dahi budak itu. Kami mengesyaki dia bukan warga tempatan kerana tiada kesan (parut) kesan suntikan vaksin di bahunya," katanya sambil menambah budak itu kemudian dihantar untuk rawatan di Hospital Kajang.

Jelasnya, kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana terdapat unsur penderaan dan pengabaian kanak-kanak.

"Sesiapa yang mempunyai maklumat boleh menghubungi mana-mana balai polis atau pegawai penyiasat, Inspektor Mohd Zaiyaudi Mohd Yaakub di talian 019-535 5395," katanya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram