'Cemerlang menda duduk atas batu gatal punggung' — Penyokong Tok Gajah pertikai 'upgrade' Darul Makmur


  • Podium
  • Khamis, 17 Nov 2022

Antara pembaharuan dibuat di Stadium Darul Makmur dilihat masih tidak menggembirakan penyokong Sri Pahang. — Facebook Perbadanan Stadium PSDM

PERBADANAN Stadium Darul Makmur (PDSM), Pahang sudah pun melakukan pembaharuan kepada stadium keramat itu selepas didesak penyokong sepanjang musim ini.

Ini termasuk mengecat tempat duduk di arena tersebut menggunakan warna biru kuning yang kerap digunakan skuad Tok Gajah, meskipun bendera negeri itu berwarna hitam putih.

Namun, pembaharuan itu nampaknya tidak membawa kegembiraan secara menyeluruh buat penyokong Tok Gajah, apabila hanya kira-kira suku tempat duduk yang disediakan merupakan kerusi plastik manakala selebihnya hanya beralaskan simen.

314937605_631866001915323_1047841296138161456_n

Stadium Darul Makmur selepas pembaharuan. — Facebook Perbadanan Stadium PSDM

Apatah lagi, ada tempat duduk yang dilihat tidak berbumbung menyebabkan penonton terpaksa menyarung baju hujan semasa menyaksikan perlawanan ketika hujan.

Hasrul Hayyun Hassan Hamid menulis: "Kerusi yang lain macam mana takkan duduk atas batu lagi kami ni? Bandaraya lain semua dapat kerusi ada nombor. Kita je bandaraya seat batu."

Muhd Hariz berkata: "Nok cemerlang menda duduk atas batu gatal punggung."

Tambah Zeff Zeqh: "Bangku simen tempat terbuka tu, paling tidak gantilah dengan kerusi rotan sahaja."

Kata Mohd Izarul: "Harapnya kat tempat terbuka pun ada jugalah. Yang leper pun jadilah. Berlumut dah situ."

314397084_631865771915346_3994938528445581779_n

Keadaan stadium sebelum pembaharuan. — Facebook Perbadanan Stadium PSDM

Musim ini, Sri Pahang menampilkan persembahan yang mengecewakan selepas menamatkan saingan Liga Super di tangga ketujuh selain tersingkir awal dari Piala Malaysia.

Perkara tersebut dituruti dengan lontaran perasaan daripada penyokong yang mendambakan rombakan besar-besaran terhadap skuad ketika jendela perpindahan akan datang. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram