‘Celup undi takpa jangan celup inai’, Sanusi kena troll bergambar dengan Intan Serah


  • Podium
  • Rabu, 16 Nov 2022

Intan sempat berkunjung ke rumah kediaman rasmi Menteri Besar Kedah itu ketika berkunjung ke Negeri Jelapang Padi itu.   — Facebook/Intanserah

SUKAN e-sports sudah berjaya mencuri perhatian masyarakat hari ini dengan ramai anak muda semakin berminat untuk bergiat secara profesional menerusi pelbagai platform.

Di samping berjaya menyediakan pelbagai kejohanan di peringkat tertinggi, penganjur juga bijak dengan membawa masuk beberapa pempengaruh media sosial untuk dijadikan ikon dalam sukan tersebut.

Antara ikon yang berjaya menempa nama dalam e-sports ialah pemain futsal wanita, Intan Serah Anisah Zulgafli yang menyertai skuad HomeBois tahun lalu.

240727751_254003306737374_5359553200237296973_n

Intan Serah dibawa masuk untuk menyertai skuad HomeBois tahun lalu. Facebook/HomeBois

Perkara tersebut dilihat berjaya menarik lebih ramai bakat bersinar dalam sukan masing-masing dengan pasukan tersebut mula menunjukkan taring dalam beberapa permainan.

Namun, usaha mereka tidak mahu terhenti di situ dengan mereka terus melebarkan sayap ke negeri-negeri lain selepas mula mengukuhkan kedudukan mereka di Selangor dan ibu kota.

Usaha itu dikongsikan Intan menerusi laman Facebook peribadinya dengan beberapa hantaran menunjukkan dia bersama wakil HomeBois melakukan perbincangan mengenai cita-cita itu.

Bagaimanapun, salah satu perkongsian yang berjaya mencuri perhatian ramai ialah foto yang memaparkannya bersama Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

"Di kediaman rasmi MB Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor untuk pembentangan tentang Akademi Esports Homebois di Kedah. Salam kenai noh Datuk, nanti kita set lain main futsal. Selamat maju jaya untuk pilihan raya kali ni," tulisnya.

Kedah Mentri Besar Muhammad Sanusi Md Nor. - MUSTAFA AMAD/The Star

Sanusi sering dijadikan bahan usikan penyokong bola sepak tempatan.

Tinjauan Majoriti di media sosial mendapati orang ramai menjadikan perkara itu bahan usikan dengan Hogoh Pahang Hogoh memberi peringatan kepada penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri itu.

"Celup jari mengundi YB, jangan celup inai pula. Nanti kena kejar keliling bendang pula," tulisnya.

Seorang lagi pengguna Facebook, Jj Juini Jalindan Basinal turut mengusik kedua-dua individu itu dengan turut berkongsi pendapatnya terhadap hantaran itu.

"Kuota ada lagi tu YB," katanya pendek.

Sanusi sememangnya terkenal dengan sering dijadikan bahan usikan, terutama dalam kalangan penyokong bola sepak tempatan selepas sering bertikam lidah dengan pemilik Johor Darul Takzim, Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram