Bangunkan pertanian antara manifesto BN di Raub


  • Politik
  • Rabu, 16 Nov 2022

Sin Woon (kanan) dan Teck Hoe bergambar bersama semasa sidang media mengenai manifesto di Raub.

MEMBANGUNKAN sektor pertanian, merangsang pembangunan ekonomi tempatan dan menyelesaikan isu bekalan air yang sudah lama tergendala adalah antara 13 perkara dalam manifesto calon Barisan Nasional (BN), Datuk Chong Sin Woon untuk Parlimen Raub.

“Sejak saya datang kira-kira dua tahun lalu semasa kemuncak wabak Covid-19, saya telah melihat dan mengalami kesusahan yang dihadapi penduduk di Raub seperti banjir kilat, jambatan runtuh dan ribut luar biasa.

“Saya dan pasukan turun padang untuk membantu dan mengagihkan bantuan kepada golongan yang memerlukan, sambil berusaha untuk melibatkan diri dengan rakyat di kawasan-kawasan kampung,” kata Sin Woon semasa sidang media di Galeri Parlimen Raub di Jalan Tun Razak, Pahang pada Selasa.

g15

Sin Woon berkata, beliau akan menjadi jambatan yang menghubungkan antara petani dan kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah tanah serta mencari penyelesaian terbaik untuk semua isu berkaitan.

Raub cukup dikenali sebagai 'rumah' kepada durian Musang King dan di kawasan itu juga banyak tanaman kelapa sawit, koko dan kacang tanah,

“Terdapat ramai usahawan tani muda dan baharu di Raub.

"Saya mahu melakukan lebih banyak untuk mereka dengan menyediakan latihan supaya mereka menguasai kemahiran dan pengetahuan," kata setiausaha agung MCA itu.

Selain itu, beliau juga mahu membawa masuk teknologi pertanian dari Korea Selatan, Jepun dan China.

Beliau juga mahu bekerjasama dengan petani durian untuk membangunkan industri hiliran seperti pemprosesan pulpa durian, produk sampingan durian dan tarikan agropelancongan.

Calin BN Parlimen Raub itu juga menyatakan tentang keperluan untuk membuat jalan masuk ke ladang dan menjadikan kebun lebih baik bagi memastikan keselamatan semua pekerja terjaga.

Mengenai penjagaan kesihatan, Sin Woon berkata, Raub hanya mendapat lawatan pakar daripada doktor sekali sebulan.

Oleh itu, beliau menyatakan menaik taraf Hospital Raub sedia ada juga merupakan satu keperluan, malah mencadangkan keperluan untuk hospital pakar.

"Saya telah menghubungi Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin untuk perbincangan mengenai cara merealisasikan perkara ini," katanya.

Memandangkan liputan Internet yang tidak konsisten di Raub, Sin Woon ingin meningkatkan taraf komunikasi digital di Raub.

“Ia akan memudahkan pembelajaran dalam talian dan proses pembelajaran adalah penting untuk pelajar kami, terutamanya mereka daripada keluarga yang kurang bernasib baik".

Susulan aduan masyarakat, Sin Woon juga berkata, beliau akan mendapat sokongan untuk membina dewan yang sesuai yang boleh menganjurkan majlis perkahwinan di Raub.

Ketua Umno Bahagian Raub, Tengku Abdul Rahman Tengku Perang, yang hadir untuk menunjukkan sokongan, menyatakan Umno Raub dan jentera serta akar umbinya berada di belakang Sun Woon dan Lim Teck Hoe yang bertanding di kerusi DUN Tras.

Beliau menambah bahawa Sin Woon sememangnya telah menghubungi Khairy untuk membuat hospital pakar di Raub.

Tambah Tengku Abdu Rahman, beliau pasti Sin Woon akan menjadi ahli Parlimen yang berdedikasi.

Pengerusi tetap MIC Raub, Datuk K. Muniandy turut menyatakan sokongan penuhnya kepada Sin Woon, dengan berkata, parti itu akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada calon berkenaan dalam rancangannya untuk memajukan lagi Raub. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram