MENAMPILKAN aksi yang cemerlang dalam Liga Perdana musim ini, pencapaian Kelantan FC berada di kelompok teratas liga semestinya menjadi kebanggaan penyokong.
Namun, bakal beraksi dengan pasukan di Liga Super, kekuatan Kelantan FC yang sebenar akan betul-betul teruji dan persiapan itu perlu dilakukan secara teliti melibatkan taktikal dan pemain.
Seorang penyokong Kelantan FC, Hakimi Wh berkata, untuk musim depan, skuad milik Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham perlu mencari pemain yang benar-benar berkualiti.
"Untuk ada kelebihan, kalau anak Kelantan sendiri yang bermain untuk skuad musim depan kerana mereka bermain demi lencana di dada.
Sebahagian daripada aksi pemain Kelantan FC dalam Liga Perdana. — Facebook/Kelantan FC
"Tetapi Kelantan FC juga perlu mencari pemain yang betul-betul sama tahap dengan kualiti permainan di Liga Super lagi-lagi melibatkan pemain muda.
"Jangan buat kesilapan seperti dahulu bila mengambil pemain Liga Super dengan gaji yang besar tetapi hasilnya tidak memuaskan," katanya.
Jelasnya, pihak pengurusan munkin boleh memantau pemain-pemain muda di Piala Presiden khususnya yang mewakili Johor Darul Takzim (JDT) III.
Ujarnya, walaupun mereka masih muda, tetapi potensi untuk bermain di Liga Super itu ada dan prospek muda ini yang penting untuk pasukan.
Pemain muda antara yang boleh dijadikan sasaran untuk dipilih bagi beraksi bersama Kelantan FC musim depan. — Facebook/Kelantan FC
Sementara itu, seorang lagi penyokong, Kabus Ribut juga setuju jika pemain untuk musim depan dipilih berdasarkan kualiti.
"Beli pemain yang yang berkualiti atau ikat terus pemain yang tiada ejen tetapi mempunyai kualiti permainan yang baik. Biar mampu bersaing dengan JDT.
"Tak perlu ramai pun sampai lapan atau sembilan pemain import. Tiga ke empat orng pun dah cukup janji mempunyai kualiti permainan yang baik," katanya.
Pasukan Kelantan FC kini berkongsi 36 mata dengan JDT II dan kedua-dua kelab sedang merebut kejuaraan Liga Perdana musim ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram