'Selangor dulu bukanlah yang sekarang', ramai kompelin Gergasi Merah makin lemau era RMS


  • Podium
  • Rabu, 31 Ogos 2022

Tengku Amir (tengah belakang), bergambar bersama pemain Selangor FC, selepas berjaya membelasah Singapura 2-0 dalam kejohanan Piala Sultan Selangor pada 2018.

KENYATAAN Raja Muda Selangor (RMS), Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bahawa tidak pernah ada parasit dalam pengurusan Selangor FC mengundang respons pelbagai pihak.

Sebelum ini, terdapat pihak mendakwa, terdapat parasit dalam pengurusan Selangor dengan mengaitkan nama bekas Naib Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Izhar Moslim.

RMS juga mengesahkan Izhar sudah menyerahkan surat peletakan jawatan dan tidak lagi terbabit secara langsung atau tidak langsung dengan pengurusan The Red Giant.

Antara tampil mengkritik kenyataan tersebut adalah salah seorang penyokong Selangor, Herman Suleman.

Beliau berpendapat, meskipun bajet bagi pasukan itu difahamkan bernilai RM30 juta, namun pemain import yang dibawa masuk melakukan persembahan kurang memberangsangkan atau cap ayam.

"Serius la lepas je jawatan RMS buat malu je.

"Dah berapa tahun RMS ambil Selangor tapi apa kemajuan yang dibawa? Stadium pun tiada, import main liga kedua Thailand, pastu nak jadi pencabar JDT (Johor Darul Takzim)?" soal pemerhati sukan itu menerusi hantaran di laman Facebook.

RMS mula menyertai Selangor pada 2020, seterusnya menjadi pemilik bersama kelab itu selepas proses penswastaan dilaksanakan.

Pencapaian merudum

299870023_488181883313545_1088745942717786563_n

Selangor tewas 0-1 di tangan Kuching City FC baru-baru ini. — Facebook/ Selangor FC

Dalam Piala Malaysia, Selangor merekodkan pasukan paling banyak merangkul juara iaitu sebanyak 33 kali.

Kali terakhir Selangor menjuarai Piala Malaysia adalah pada 2015 ketika menentang Kedah Darul Aman (KDA) FC, iaitu sebelum pemilikan pasukan itu diambil alih oleh RMS.

Sejak Selangor diambil alih oleh RMS, persembahan ditunjukkan oleh Selangor dalam Liga Super dilihat semakin kurang memberangsangkan, apabila berada di tangga kelima dengan kutipan 36 mata, memperoleh 10 kemenangan daripada 22 perlawanan.

Sebelum itu pada 2019 sebelum dimiliki oleh RMS, The Red Giants berada di tangga ketiga liga tersebut dengan kutipan 37 mata, 10 kemenangan daripada 22 perlawanan.

Kini, Selangor setakat ini berada di tangga kesembilan, dengan pungutan 16 mata, empat kemenangan daripada 15 perlawanan. Pencapaian itu sekali gus mendapat kritikan hebat daripada para penyokong pasukan tersebut.

Kenyataan bercanggah

Selangor Raja Muda Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah arriving at the Star Property Award 2018 in Kuala Lumpur,  March 14, 2018.  With him are Star Media Group Berhad chairman Datuk Fu Ah Kiow (left) and Star Media Group  Berhad group managing director/chief executive officer Datuk Seri Wong Chun Wai (right) RAJA FAISAL HISHAN/ The Star

Tengku Amir

Pada Disember 2020, media tempatan melaporkan bahawa RMS percaya dan yakin bahawa pengasingan kelab daripada FAS bakal membuka lembaran baharu buat skuad The Red Giants selepas ini.

Jelas Tengku Amir dipetik sebagai berkata, ia adalah sejajar dengan konsep dan sistem bola sepak moden yang sering digunapakai oleh kelab-kelab di luar negara.

Kesan pelaksanaan itu, pasukan itu akan bergerak secara profesional sekali gus mampu mencapai objektif untuk menyediakan ekosistem bola sepak yang sebenar, selain dapat melahirkan pemain-pemain berkualiti buat pasukan kebangsaan.

"Melalui penswastaan ini, Beta melihat hala tuju entiti kelab bola sepak Selangor sejajar dengan industri bola sepak moden kerana ia lebih bersifat progresif, membangun, dan memandang ke hadapan.

"Ia mampu mendorong pelabur tempatan dan asing untuk terbabit dalam sukan bola sepak dan dalam masa yang sama, kita dapat memberi fokus sepenuhnya kepada dua misi berbeza dalam satu masa, melalui SFC dan FAS," kata Tengku Amir.

Namun, kenyataan tersebut dilihat bercanggah apabila prestasi Merah Kuning dilihat semakin merudum. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram