Lelaki Indonesia cari pasal, tunjuk isyarat lucah terhadap polis ketika malam merdeka


  • Tular
  • Rabu, 31 Ogos 2022

Tindakan seorang lelaki menunjukkan isyarat lucah memakan diri apabila dia akhirnya ditahan polis.

SELEPAS dua tahun sambutan hari bersejarah Malaysia tidak dapat dilaksanakan ekoran dari pandemik Covid-19, sambutan Hari Kebangsaan ke-65 pada tahun disambut secara besar-besaran dan penuh kemeriahan.

Namun di sebalik kemeriahan ambang Merdeka pada tengah malam Rabu dicemari insiden yang menyaksikan tindakan seorang lelaki yang merakam dirinya sambil menunjuk jari tengah terhadap polis wanita yang bertugas.

Tindakan lelaki itu seolah-olah tidak menghargai usaha pihak berkuasa menjaga ketenteraman orang awam di lokasi sambutan Ambang Merdeka selain dilihat cuba mencetuskan rasa tidak senang.

Akhirnya tindakan lelaki terbabit memakan diri selepas aksinya menunjukkan isyarat lucah yang dirakam dengan telefon bimbit, dilihat oleh seorang anggota polis bertugas.

"Malam Ambang Merdeka sudah kena 'check in' hotel besi," tulis netizen.

Selepas itu, lelaki berbaju kuning itu dilihat ditahan dengan tangannya bergari.

Video yang dimuat naik di aplikasi Twitter Seller iPhone! itu kini telah mendapat lebih daripada 70,000 tontonan.

Pemilik Twitter berkenaan turut mendakwa, lelaki yang kurang ajar itu merupakan warga Indonesia.

Tindakan lelaki tersebut turut mengundang kemarahan orang ramai yang dianggap tidak menghargai pasukan keselamatan yang bertugas pada malam itu.

Setakat ini, belum ada sebarang kenyataan media daripada pihak berkuasa berhubung kejadian tersebut. —Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram