LTK calon terbaharu kendali Perak FC, tapi 'fans' risau gaji mahal nak mampus


  • Podium
  • Rabu, 31 Ogos 2022

Teong Kim antara tiga nama disebut-sebut sebagai pengganti Yusri Che Lah bagi mengendali Perak FC selain Cheng Hoe dan Rajagobal. — Agensi

SELEPAS bekas ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe dan Datuk K. Rajagopal, kini seorang lagi nama disebut-sebut bakal mengendali Perak FC pada musim depan.

Khabar angin berhubung Lim Teong Kim, yang juga bekas Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (ADM) bagi menggantikan posisi Yusri Che Lah, kini berlegar-legar di media sosial.

Sebelum ini, jurulatih berusia 54 tahun itu pernah menjalankan tugas dengan cukup baik, setelah berjaya mencungkil ramai bakat muda tempatan ketika bersama AMD.

Namun, setelah kontraknya tamat, bekas jurulatih B-19 Bayern Munich itu pulang ke Jerman untuk bersama keluarganya di sana.

Menjengah ke ruangan komen, ada segelintir penyokong The Bos Gaurus bersetuju dengan pelantikan Teong Kim sebagai ketua jurulatih bagi pasukan tersebut.

Anjang Rafar berkata, hal ini kerana Teong Kim masih belum pernah memikul tanggungjawab sebagai ketua jurulatih bagi kelab tempatan, justeru, kini merupakan masa sesuai untuk beliau membuktikan perkara tersebut.

"Kerana dia berkelana suatu masa dulu, dengan bayaran Bayern Munich ketika itu berjaya dibuktikan kejayaan kelab itu hingga kini," katanya menerusi hantaran di laman Facebook.

Turut bersetuju dengan perkara itu, Khairudin Mahmad berkata, pemilihan Teong Kim adalah bergantung kepada pemilik Perak FC iaitu XOX Bhd.

"XOX banyak modallah, suka hati dia nak siapa pun. Janji bagi jadi je.

"Padu Teong Kim kalau jadi coach (jurulatih) Perak. Baru player (pemain) kena gasak training (berlatih) bawah dia," katanya.

Pada masa sama, ada penyokong yang khuathir mengenai gaji mahal dan tinggi dikenakan ke atas jurulatih tersebut, menyebabkan pemilik Perak menghadapi kesukaran serta tidak berkemampuan untuk mendapatkan khidmatnya.

Man Syed berkata: Modal (pelantikan) banyak kot. Jangan timbul story kantung susut pula masa nak bayak gaji pemain," katanya.

Sementara itu, Asri Finbalor Nayan juga tidak yakin Perak mampu membayar gaji Teong Kim.

"Kalau macam tu, ambil jurulatih Korea la. Nak juga tengok Perak main intensity tinggi."

Setakat ini, masih tiada pengumuman rasmi daripada pihak pengurusan Perak berhubung pelantikan Teong Kim ke dalam pasukan tersebut.

Pada masa sama, CEO Perak FC, Bobie Farid Shamsudin juga belum memutuskan masa depan jurulatih The Bos Gaurus, Yusri Che Lah apabila menyifatkan pertemuan bersama Cheng Hoe baru-baru ini juga sekadar satu kebetulan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram