PENGUMUMAN pasukan Sri Pahang FC mengenai pengganti Christophe Gamel nampaknya mendapat reaksi negatif daripada penyokong kelab tersebut.
Terdahulu, pasukan yang kini berada di tangga kedua tercorot dalam Liga Super itu memilih Dollah Salleh sebagai Ketua Jurulatih Interim.
Selain itu, pemain bola sepak legenda Singapura, Fandi Ahmad pula dilantik sebagai Penasihat Teknikal untuk kelab tersebut.
Ramai yang kurang berkenan dengan pelantikan semula Dollah yang sebelum ini pernah mengendalikan Sri Pahang FC.
Dollah Salleh dipilih semula untuk mengemudi Sri Pahang FC. — Facebook/Sri Pahang FC
Seorang penyokong Sri Pahang FC, Aza Haiqal berkata, apa yang berlaku ini ibarat sudah dirancang awal.
"Skrip dah diatur dari awal, coach Gamel jadi alat sahaja semata-mata. Pemain pun pandai berdrama juga, sebab itu kalah selalu," katanya.
Wan Uan pula berkata, Sri Pahang FC ada eloknya menjadikan pasukan penari kebudayaan sahaja.
"Pengurusan out! Barisan kejurulatihan out! Tak habis-habis kambing hitam jurulatih yang tak bersalah. Pasukan paling bebal dalam negara," katanya.
Buang pengurusan, bukan jurulatih
Dikala pasukan lain sedang rancak merancang strategi dan memilih pemain import untuk musim hadapan, penyokong Sri Pahang FC menyifatkan apa tindakan mengambil Dollah sebagai satu strategi ke belakang.
Daeng Zaunudin berkata, pasukan lain dah maju dan berubah. Sri Pahang FC tetap ke belakang balik semula.
Christophe Gamel tidak lagi bersama Sri Pahang FC. — Facebook/Sri Pahang FC
Senada dengan pandangan itu ialah Joe Ramones yang berkata, sampai bila-bila pun Sri Pahang FC akan berada di tahap itu sahaja kerana pengurusan jenis tak minta sukan tetapi mahu menguruskan sukan.
Wan Wan Wam berkata, sepatutnya buang semua pengurusan yang ada dan gantikan dengan pengurusan yang betul-betul mempunyai minat dalam bola sepak.
"Selagi puak itu ada di atas, selagi itu bola sepak kita tak ke mana. Teringin nak tengok Sri Pahang FC jadi macam Johor Darul Takzim (JDT). Ada stadium sendiri, ada fasiliti terbaik, ada pengurusan yang betul-betul berjiwa bola," katanya.
Zix Azri pula berharap supaya Sri Pahang FC dibeli oleh individu yang berjiwa bola yang akan memikirkan penambah baikan fasliti pemain seperti padang khas untuk latihan.
Sebahagian daripada pemain Sri Pahang FC. — Facebook/Sri Pahang FC
"Ura-ura perancangan entah ke mana. Apa masalah nak melabur? Peminat lagi bangga dan bertambah nak sokong pasukan. Ditambah pula dengan fasiliti menarik membuatkan lebih ramai pemain baharu rasa nak menyertai Sri Pahang FC," katanya yang turut menyifatkan pengurusan sebagai kaki bangku.
Seorang lagi penyokong, Shuzaimie Zulkifly berkata, sepatutnya pengurusan Sri Pahang kena bertanggungjawab atas apa yang berlaku.
"Sepatutnya pihak pengurusan yang kena letak jawatan ganti dengan yang baru," katanya.
Untuk rekod, Sri Pahang FC kini berada di tangga kedua tercorot dalam liga dan gagal mencatatkan sebarang kemenangan dalam lima perlawanan sebelum ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram