Direhatkan Penang FC, Endrick bakal berhijrah ke Pantai Timur?


  • Podium
  • Jumaat, 22 Jul 2022

Endrick bakal berhijrah ke salah sebuah pasukan yang terletak di Pantai Timur. — Agensi

KHABAR angin mengatakan pemain import Penang FC, Endrick dos Santos bakal berhijrah ke salah sebuah pasukan yang terletak di Pantai Timur.

Sebelum ini Endrick dilanda kontroversi apabila pasukan Penang FC memaklumkan pemain itu diminta untuk mengambil cuti rehat sehingga 31 Julai, tanpa diberitahu sebab.

Pengumuman itu dibuat oleh pengurusan pasukan Penang melalui laman rasmi Facebook, sebelum turun menentang pendahulu Liga Super, Johor Darul Takzim (JDT) pada Rabu (20 Julai).

Pasukan JDT juga sebelum ini pernah mengumumkan bakal merekrut bekas pemain import Selangor FC itu sebagai status pemain naturalisasi pada musim hadapan.

endrick-dos-santos-selangor-malaysia-cup-08082019_xkjtu27fhx3e1sbl0jscw8iw7

Endrick pernah menyarung jersi pasukan Selangor pada musim 2019. Agensi

Endrick mula bermain dalam Liga Malaysia sejak 2018 bersama Felcra FC, selepas itu berhijrah ke Selangor pada 2019, musim 2020 pula bersama Pulau Pinang sehingga kini dan ini melayakkan syarat lima tahun untuk menjadi pemain naturalisasi.

Di sosial media pula, khabar angin mengatakan Endrick bakal berhijrah ke salah sebuah pasukan yang terletak di Pantai Timur.

Melihat pasukan di Pantai Timur berkemungkinan pasukan Pahang dan Kelantan bakal menjadi destinasi baharu pemain berusia 27 tahun itu.

Endrick-Dos-Santos

Endrick berjaya membantu pasukan Penang menjuarai Liga Premier pada 2020. Facebook / Penang FC

Ini kerana dalam kem pasukan Pahang FC, mereka tidak mempunyai pemain import yang mampu mengawal bahagian tengah dan membentuk gandingan yang terbaik bersama pemain kebangsaan, Azam Azih.

Manakala, pasukan Kelantan di bawah pengurusan Zamsaham pula sedang melakukan persiapan rapi untuk mengharungi cabaran format baharu Liga Super pada musim hadapan.

Sejak bermain dalam Liga Malaysia, Endrick berjaya membantu pasukan Penang menjuarai Liga Premier pada 2020 dan berjaya melakukan sebanyak 43 penampilan, 9 jaringan gol, 17 bantuan gol sepanjang beraksi bersama beberapa pasukan di negara ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram