BAKAL menentang skuad Sang Badak pada Selasa, rata-rata peminat meminta pengendali Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain menukar formula permainan.
Skuad Penyu menampilkan aksi cemerlang apabila menang dalam tiga perlawanan sebelum ini termasuk dalam saingan Piala FA apabila menyingkirkan penyandang, Kedah Darul Aman FC.
Anak buah Nafuzi sekali lagi cemerlang menundukkan lawan yang sama pada saingan Liga Super pada Jumaat lalu, sekali gus mengutip tiga mata penuh dan menempatkan diri dalam empat kelompok terbaik Liga Super.
Kini, Terengganu FC akan berdepan ujian getir menentang pasukan di tempat kedua, Sabah FC di tempat lawan pada Selasa.
Walaupun Sabah FC tewas tipis 1-2 kepada Johor Darul Takzim, Nafuzi perlu waspada dengan kelicikan Datuk Ong Kim Swee untuk bangkit daripada kekalahan tersebut.
TFC menampilkan aksi cemerlang apabila menang dalam tiga perlawanan sebelum ini. — Facebook
Menjengah di ruang komen media sosial, peminat setia skuad Sang Penyu, Sollehuddin Ainunbeauty mencadangkan TFC menggunakan taktikal 4-3-3 yang dilihat sesuai untuk mengekang taktikal pasukan lawan yang mana Sabah dilihat suka menggunakan taktik hantaran jauh.
"Yang ini pun TFC kena berhati-hati juga kerana pemain skuad Sang Badak suka menggunakan taktikal hantaran bola dari bawah.
"Formula corak permainan tekanan tinggi pada perlawanan sebelum ini okey untuk taktikal lawan Sabah nanti," katanya.
Tambah Sollehuddin lagi, Sabah akan menggunakan formasi 3-4-3 untuk gaya serangan dan 5-4-1 untuk gaya pertahanan.
"TFC harus menggunakan kelemahan pemain sayap Sabah. Aku harap pemain sayap TFC dari bahagian kiri dan kanan serta dua flanker (pemain sayap) menjadi.
"Bagi corak permain tengah boleh main tiki taka (one to two pass) untuk TFC menang. Target man penting untuk pertahanan bola dan bagi peluang pada penyerang sayap menjaringkan gol," katanya.
Tambahnya lagi, TFC harus mengambil kesempatan dengan keadaan penjaga gol Sabah FC, Khairul Fahmi Che Mat.
"Untuk keeper Sabah ni bola bawah kurang sikit (lemah). Ambil kelebihan di situ.
"Walau apa pun misi, wajib 3 mata. InsyaALLAH TFC menang," katanya.
Terengganu FC berada di kedudukan yang keempat dalam Liga Super 2022 dengan kutipan 16 mata yang diraih menerusi sembilan perlawanan setakat ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram