Ulama terkenal kantoi diserang isteri ketika bersama 'kekasih gelap'


  • Benua
  • Jumaat, 22 Jul 2022

Gambar hiasan. Tokoh agama ditangkap ketika berdua-duan bersama anak kenalan mereka.— Agensi

SEORANG tokoh agama di Indonesia diserang isterinya ketika sedang berdua-duaan dengan seorang gadis berusia 16 tahun yang juga anak kenalan rapatnya.

Ulama berusia 59 tahun yang hanya dikenali dengan initial GK tersebut dikatakan menipu isterinya apabila memberitahu bahawa dia akan ke rumah saudaranya.

Curiga dengan tindak-tanduk sang suami, isteri kepada tokoh agama tersebut cuba menghubungi suaminya untuk mengenal pasti keberadaan pasanganya itu.

Setelah gagal dihubungi, isteri GK terus ke rumah saudara yang dimaksudkan, namun mendapati si suami tidak berada di situ.

Tidak sedap hati, sang isteri bertindak menyerbu rumah kenalan rapat mereka yang juga merupakan ibu bapa kepada gadis tersebut.

Luluh hati sang isteri apabila mendapati motor suaminya berada di halaman rumah rumah berkenaan.

Isteri GK perlahan-lahan memasuki rumah yang pada asalnya sunyi sepi, sebelum kedua-dua pasangan 'kekasih gelap' itu dicekup di salah sebuah bilik kediaman tersebut.

Ketua Polis Daerah Ketapang Resort (Kapolres) AKBP, Penolong Pesuruhjaya Polis, Yani Permana berkata, kejadian itu telah dilaporkan kepada polis.

“Berdasarkan laporan, kami sedang mengumpulkan keterangan saksi dan memproses tempat kejadian. Kejadian itu berlaku pada hari Jumaat lalu (15 Julai 2022).

"GK mmberitahu isterinya bahawa dia mahu pergi ke rumah salah seorang saudara mereka. Namun, beberapa jam kemudian, isterinya cuba menghubungi dia, tetapi nombor telefon GK tidak aktif.

"Keadaan itu membuatkan isterinya itu curiga. Jadi, dia pergi ke rumah saudara GK. Ternyata, GK tidak berada di rumah saudara yang dimaksudkan.

"Isterinya terus mencari GK ke rumah kenalan lain iaitu rumah ibu bapa mangsa. Apabila dia dapati motor suami berada di luar rumah salah seorang kenalan mereka, dia terus masuk.

"Waktu itulah si suami tertangkap berdua-duan di dalam bilik bersama anak gadis kenalan mereka." ungkap Yani dalam keterangan tertulis, Jumaat (22/7/2022). — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram