PASUKAN Johor Darul Takzim (JDT) perlu mempunyai saingan yang setaraf dengannya supaya dapat menaikkan nilai (value) pasukan itu dalam arena bola sepak.
Perkara itu dikongsi oleh seorang peminat bola sepak tempatan, Mat Jusoh dalam ruangan komen satu hantaran di Semuanya Bola Group.
Katanya, salah satu negeri yang berpotensi untuk menyaingi JDT merupakan pasukan Selangor yang mana menyaksikan negeri itu mempunyai sumber ekonomi yang kuat untuk memajukan kelab mereka.
"Kelab Selangor merupakan satu-satunya kelab yang berpotensi untuk bina kelab seperti JDT
"Selangor berstatus negeri maju, peminat juga ramai dan sumber daya manusia dalam bidang bola sepak juga bagus," katanya.
Tambahnya lagi, keperluan terhadap kelab yang setaraf buat JDT adalah bagi membantu menaikkan lagi nilai skuad Harimau Selatan dalam arena bola sepak.
Jelasnya, perkara itu perlu untuk menaikkan nilai pasukan amat penting bagi kelangsungan kelab tersebut pada masa akan datang.
Berikut merupakan sebab mengapa value JDT akan jatuh sekiranya tidak mempunyai pesaing seperti Selangor.
1. Value JDT kekal di takuk sama
Jika JDT hanya kelab tunggal yang maju, ia tidak memberikan manfaat kepada pasukan itu, sebaliknya menjadikan value mereka kekal di takuk sama.
Andai hal ini terjadi, ia akan menyebabkan masalah kewangan buat skuad Harimau Selatan itu yang perlu menampung pelbagai kos operasi termasuk soal pembayaran gaji pemain yang bertaraf bintang sedangkan kelab lain lebih berjimat dalam berbelanja dan tidak membentuk pasukan untuk mencabar kejuaraan JDT.
Dari segi prestasi juga, JDT tidak akan dapat menguji kekuatan sebenar pasukan mereka jika hanya bersaing dengan kelab yang dibarisi pemain kurang berkualiti disebabkan mereka tidak mempunyai bajet yang besar.
Selangor berpotensi menjadi pesaing terdekat dengan faktor ekonomi untuk membentuk pasukan yang kuat dengan mendapatkan pemain ternama berdasarkan reputasi kelab itu sebagai salah satu gergasi bola sepak negara.
2. Pemilik JDT akan terbeban dengan kos operasi
Jika JDT apabila value JDT hanya mendatar, ia sekali gus menjejaskan pendapatan pasukan yang perlu membiayai pelbagai kos operasi yang mahal.
Ini termasuk soal penyelenggaraan stadium serta kos logistik perlawanan, lebih-lebih lagi jika kedatangan penyokong ke stadium di tahap yang kurang memuaskan.
Jumlah penyokong yang hadir boleh menyumbang pendapatan kepada kelab bagi menampung kos operasi.
Akhirnya, tidak mustahil pemilik akan bosan dengan kualiti pencabar yang gagal menyaingi kehebatan JDT dan mengambil keputusan meninggalkan industri bola sepak selepas melakukan pelaburan besar.
3. Tiada lawan seperti Selangor, saham tidak laku
Apabila value JDT jatuh, tiada pelabur akan berminat untuk melabur dengan pasukan memandangkan hanya kelab itu yang mendominasi liga dan tiada pencabar yang berkualiti.
Jika value JDT naik, mereka boleh jual sedikit pemilikan saham yang dapat mengembalikan semula modal bernilai ratusan juta yang dikeluarkan untuk pasukan.
Dengan value yang tinggi, JDT masih boleh memegang saham terbesar sekali gus kekal sebagai pasukan yang unggul di Malaysia.
Pada 2019, pemilik JDT mendedahkan nilai saham JDT akan mencecah RM1 bilion dalam tempoh dua tahun.
Malah ketika itu katanya, beberapa bekas pemain antarabangsa bertaraf dunia juga menyatakan minat untuk membeli saham kelab JDT.
Pada waktu itu, pemilik JDT memegang majoriti saham iaitu 70 peratus hingga 80 peratus dan akan memberi 20 peratus hingga 30 peratus saham kepada sahabat dan rakan penajanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram