'Korang ingat Ulsan tahap Kedah ke?' — Fans Sang Kenari kecewa perbandingan penyokong JDT


  • Podium
  • Khamis, 28 Apr 2022

Bergson Da Silva (tengah) dijangka menjadi taruhan JDT pada Sabtu ini. — Bernama

JOHOR Darul Takzim (JDT) memasang impian untuk melepasi peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Asia (ACL) namun perlu mengatasi cabaran kelab Korea Selatan, Ulsan Hyundai pada Sabtu.

JDT berjaya memalukan Ulsan 2-1 pada 19 April lalu, sekali gus mencerahkan peluang Harimau Selatan untuk melangkah ke peringkat seterusnya buat kali pertama.

Namun sudah tentu Ulsan enggan mengulangi kesilapan sama sewaktu pertemuan kedua Sabtu ini.

Menurut pengguna Facebook, JDTFC, para peminat tidak sepatutnya memandang rendah kebolehan Ulsan.

"Korang ingat pasukan Ulsan itu standard pasukan Kedah ke?

"Mereka juga pasukan gergasi Asia, kemenangan JDT ke atas mereka ibarat Derby County kalahkan Real Madrid," katanya.

Natxo Insa (kanan) dicabar oleh pemain Ulsan Hyundai ketika pertemuan kedua-dua pasukan pada 19 April lalu. — Bernama

Bagaimanapun, hantaran tersebut mendapat kecaman para penyokong Kedah Darul Aman FC (KDA FC).

"Main ACL atas tiket juara 'liga sarkas," ujar pengguna Facebook, Murahkan Rezekiku.

"Padanlah main ACL dengan pemain-pemain Eropah, kalau nak harapkan pemain kelahiran Johor, tak dapatlah nak main ACL.

"Orang tak kisah kalau nak riak, tapi tak ada seorang pemain kelahiran Johor pun main skuad JDT," kata seorang lagi pengguna Facebook, Roman Jelatan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

JDT, Ulsan Hyundai, ACL, Kedah, KDA FC, Liga Super, MFL, FAM