PASUKAN gergasi utara, Kedah Darul Aman FC, sekali lagi dimalukan pada Liga Super 2022 apabila tewas 0-4 ke atas Sabah dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah pada Ahad malam.
Menjadi tumupuan pada malam itu ialah penyerang berpengalaman Sabah FC, Amri Yahyah apabila berjaya meledak hatrik selain satu sepakan percuma yang disudahi oleh Park Tae-su pada minit ke-55.
Hasil kemenangan ke atas KDA FC, Sabah FC kini menduduki tangga kedua, berkongsi 12 mata dengan juara bertahan, Johor Darul Takzim (JDT) dan KDA FC.
Dikala skuad The Rhinos meraih kemenangan, KDA FC hanya mampu meratapi kekalahan itu sehinggakan bekas jurulatih berpengalaman Helang Merah, Azraai Khor Abdullah menulis kata-kata semangat buat skuad itu.
"Sokongan kita sepanjang zaman. Kalah menang tetap pasukan kesayangan," tulisnya pada laman Facebook peribadinya.
Hantaran dari Azraai Khor Abdullah buat skuad KDA FC.
Hantarannya itu mendapat perhatian penyokong tegar Hijau Kuning juga yang mana bersetuju bahawa sokongan mereka terhadap pasukan Kedah tidak akan berbelah bahagi meskipun menang atau kalah.
"Kita anak watan. Kita tetap bagi sokongan sepenuh hati. Kalau tidak kerana semangat tidak akan penuh Stadium Darulaman dengan sorakkan padu tahap empat. Balik Kulim, Baling, Sik, Temin, Pedu dan serata pelusuk sampai lewat tengah malam. Esoknya bangun awal pergi potong himpun duit untuk pergi pula dengan tidak ada sedikit pun penyesalan," ujar Zalli AR.
"Ya, kita sokong di kala ria dan di kala sedih. Kita tetap berdoa agar negeri bertambah maju dari segala aspek untuk rakyat Kedah dan Malaysia," komen pengguna Faecbook, Ismail MD Nor.
Namun ada juga yang bertegas kekal menilai corak permainan skuad KDA FC meskipun sokongan mereka tidak akan pernah luntur.
"Pasti sokong. Cuma kita ini komen dari mata penonton. Mungkin tidak sepandai mata pengurusan. Cuma jangan ketepikan penilaian kami," kata Mohammad Azraal.
"Betul sokong, tapi suara penyokong kena dengar juga, bukan penyokong hanya complain macam-macam semasa pasukan tengah kalah saja, pengurusan kena buka mata telinga, hati bola sepak untuk rakyat," ujar Iwan Luck. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram