Di sebalik kekalahan JDT, 10 sebab membanggakan


  • Podium
  • Isnin, 25 Apr 2022

Arena bola sepak boleh maju sekiranya ada kelab-kelab yang mampu bersaing seperti JDT.

PEMINAT bila sepak tempatan terutama Johor Darul Ta’zim (JDT) masih tetap berbangga dengan pasukan itu meski tewas dengan Kawasaki Frontale.

JDT terpaksa menelan kekalahan 5-0 dengan juara Liga 1 Jepun itu dalam aksi aksi Kumpulan I Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor pada Ahad.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Semuanya Bola Group, seorang pemilik akaun Akhir Zaman menyatakan meskipun JDT tewas, dia masih berbangga kerana pasukan itu mampu memberi persaingan dalam ACL.

“Saya masih berbangga sebagai rakyat Malaysia ada kelab kerdil mampu beri saingan pada kelab-kelab gergasi seperti Ulsan Hyundai, Kawasaki Frontale dan Guangzhou.

“Selain itu, di peringkat Asia, JDT juga mempamerkan prestasi cemerlang dan keputusan mereka juga semakin meningkat serta berjaya bersaing dgn kelab-kelab gergasi Asia,” katanya yang berasal dari Teluk Intan, Perak.

akhir zaman 1akhir zaman 2

Tambahnya lagi, dia percaya pengendali JDT, Benjamin Mora mempunyai percaturan sendiri dengan memilih skuad kedua pasukan itu dalam perlawanan pada Ahad.

Jelasnya lagi, dia berpendapat tindakan itu merupakan taktikal Mora untuk memulihkan semula kecergasan pemain-pemain utama Harimau Selatan untuk berdepan Ulsan Hyundai.

Sementara itu, Akhir Zaman turut menyatakan bahawa melihat kepada prestasi menerusi perlawanan JDT sebelum ini, dia percaya sasaran pasukan itu untuk ACL boleh dicapai.

Katanya lagi, ada sebab kenapa pemilik JDT Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim meletakkan sasaran itu buat pasukan berkenaan.

“Memang JDT layak digelar ‘budak’ oleh Kawasaki Frontale, sebab di Asia, JDT hanyalah kelab kerdil yang meningkat sikit demi sedikit di ACL.

“TMJ beri sasaran hanya lepas peringkat kumpulan sahaja, sebab tahu kemampuan kelab dia macam mana, tapi tengok kepada tiga perlawanan pusingan pertama JDT boleh realisasikannya,” kongsinya.

Dalam pada itu, Akhir Zaman turut berkongsi pandangan bahawa arena bola sepak boleh maju sekiranya ada kelab-kelab yang mampu bersaing seperti JDT.

Katanya lagi, kelab bola tempatan juga masih memerlukan pemain-pemain import untuk menyaingi kelab-kelab gergasi.

“Terengganu adalah satu-satunya kelab yg mampu beri saingan, ini membuktikan kelab-kelab yang mampu beri saingan pada JDT akan memberi kesan pada prestasi pemain tempatan.

“Pada masa sama, kita kena realistik, pemain tempatan kita masih jauh nak menyaingi player gergasi Asia seperti Jepun dan Korea, kita memang perlukan pemain import,” ujarnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram