'KITA melepaskan gol dengan sangat mudah', itu adalah ulasan yang diberikan oleh pengendali Kedah Darul Aman (KDA) FC, Aidil Sharin Shak seusai kekalahan besar 0-4 ke atas pasukan Sabah FC pada saingan Liga Super 2022 yang berlangsung di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah.
Bagi Aidil Sharin, perlawanan pada Ahad itu seakan kesilapan yang sama berulang kembali iaitu semasa Selangor berpesta gol membenam KDA FC 4-1 dan perlu akui mereka terpaksan menelan kekalahan itu.
"Babak pertama seimbang namun inilah bola sepak apabila kita kalah 4-0. Saya tidak boleh terima kerana kita melepaskan gol yang sangat mudah.
"Kita lakukan kesilapan yang sama seperti lawan Selangor FC sebelum ini di mana pertahanan tidak begitu baik. Kita perlu akui untuk mengucap tahniah kepada pasukan Sabah FC," katanya.
Malah, saat ditanya mengenai penjaga gol gantian iaitu Ilham Amirullah Razali yang seakan mempamerkan aksi longlai, Aidil hanya berkata, kekalahan perlu diterima dan KDA FC boleh mengambil pengajaran daripada perlawanan ini.
"Macam saya cakap kita perlu terima. Penjaga gol pertama cedera dan perlu diganti oleh Ilham. Isu dia kita melepaskan gol dengan sangat mudah. Kita perlu bangkit dengan lebih kuat dan mengambil pengajaran daripada perlawanan ini," tegas Aidil.
Pada aksi di Stadium Likas itu, penyerang veteran, Amri Yahyah meledak hatrik dan satu lagi gol disumbangkan pemain importnya, Park Tae Su.
Kemenangan itu menyaksikan Sabah FC kembali merampas kedudukan kedua Liga Super, terikat 12 mata bersama KDA bersama Johor Darul Takzim (JDT) selaku pendahulu dan KDA namun dibezakan dengan perbezaan jaringan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram