SKUAD bola sepak dan futsal kebangsaan menjadi bahan ejekan warganet di media sosial selepas pasukan futsal negara 'dibelasah' 1-5 oleh musuh setempat, Indonesia dalam saingan Piala AFF Futsal 2022.
Sebelum ini, pasukan bola sepak kebangsaan juga mengalami nasib serupa ketika kedua-dua pasukan bertemu dalam Piala AFF Suzuki 2020 pada Disember lalu apabila tewas memalukan 1-4.
Jika diteliti, senario yang berlaku adalah sama iaitu persiapan saat-saat akhir serta kegagalan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) melakukan perancangan rapi melibatkan pasukan bola sepak dan futsal negara.
Menjengah ruangan komen di media sosial, rata-rata para peminat bola sepak tempatan seperti sudah 'masak' dengan tindakan bakal dilakukan oleh FAM.
"FAM ini senang saja. Kejap lagi buat kenyataan 'post-mortem', selepas itu tukar jurulatih baharu.
"Orang lupalah selepas itu. Tak percaya, tengok bab bola," kata seorang pengguna Facebook, Azmadi Anwar Ahmad.
"Duit RM10 juta (peruntukan FAM) dah buat stadium, dah boleh salurkan untuk kenaikan gaji pegawai-pegawai FAM.
"Mesyuarat untuk pengagihan gaji perlu dilaksanakan segera," ujar seorang lagi pengguna Facebook, Syidi Saad secara berseloroh.
ANTARA komen warganet di media sosial. — Facebook
Bagi pengguna Facebook, Saif Ahmad, FAM perlu mengambil tindakan dan bukan sekadar meminta maaf.
"FAM berterabur. Satu-satu kesilapan dah nampak.
"Sebagai penyokong, kami nak tengok kejayaan, bukan berputih mata saja selalu," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram