SELEPAS dua kali tewas di tangan Laos, skuad bola sepak bawah 23 (B-23) negara terpaksa akur apabila tersingkir daripada kejohanan Piala AFF B-23 di Kemboja.
Perkara itu ternyata mengejutkan pelbagai pihak terutama peminat setia skuad kebangsaan yang tidak dapat menerima corak permainan yang ditampilkan pemain-pemain negara.
Bekas pemain negara, Lim Teong Kim tidak terkecuali daripada memberi pandangan tentang persembahan hambar anak buah ketua jurulatih, Brad Maloney itu.
Menurutnya, kelemahan sistem bola sepak di negara ini yang tidak menitikberatkan pembangunan akar umbi menyebabkan para pemain tidak dapat bersaing.
"Saya sudah banyak kali berkata bahawa jikalau FAM/MFL tidak melakukan tanggungjawab mereka untuk mengadakan liga-liga remaja untuk pemain-pemain remaja Malaysia, jangan harap bahawa bola sepak Malaysia akan maju.
"Pembangunan seseorang pemain mesti melalui systematic youth development process. Dan ini tidak ada di Malaysia. Tetapi, situasi bola sepak kita tidak memberi pemain-pemain remaja untuk maju. Jadi kita tidak boleh menyalahkan mereka.
"Yang salah adalah FAM dan MFL. Mereka yang seharunya menyediakan dan melengkapkan landasan-landasan untuk pembangunan bola sepak di Malaysia. Perubahan itu adalah seperti, liga-liga remaja, foreign players tiga pemain sahaja untuk Liga Super dan Premier. Team kedua Liga Super tidak boleh ada foreign players yang bermain di Liga Premier.
"Pemain-pemain yang bermain lawan Loas tidak boleh dipersalahkan kerana proses pembangunan bola sepak FAM tiada sistem. FAM perlu pemimpin yang mempunyai leadership quality bukan seorang yang seperti badut," katanya.
Malaysia tewas 2-1 pada perlawanan pembukaan sebelum tewas 2-0 pada Isnin dalam perlawanan timbal balik, sekaligus menduduki tangga kedua kumpulan.
Selepas Indonesia dan Myanmar, yang turut dalam kumpulan sama, menarik diri akibat Covid-19, Malaysia sepatutnya wajib menewaskan Laos untuk ke peringkat seterusnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram