‘Benda basic macam kawal bola, passing pun tak betul’ — bekas jurulatih dedah ada yang ‘tak kena’ dengan skuad Harimau Muda


  • Podium
  • Selasa, 22 Feb 2022

SKUAD bimbingan Brad Maloney tersingkir di peringkat Kumpulan B selepas dua kali tewas kepada Laos. — FAM

SISTEM bola sepak negara harus dirombak semula supaya memberi lebih banyak pendedahan dan peluang beraksi kepada pemain muda tempatan.

Jurulatih legenda, Mohd Azraai Khor Abdullah berkata, pihak berwajib harus mengkaji semula sistem pembangunan bola sepak negara yang disifatkan ketinggalan berbanding negara-negara Asean lain.

"Saya tengok perlawanan sendiri pun tak percaya kita boleh tewas kepada mereka (Laos). Sepatutnya kita berada di tahap yang lebih tinggi daripada negara-negara seperti Laos, Kemboja ni.

"Masalahnya pembangunan bola sepak kita tidak bergerak ke depan, masih di tahap yang sama sepeti dahulu. Kita kena akui ada benda yang tak kena dari segi pembangunan, buktinya kita dapat lihat semalam, main bertabur, benda basic seperti kawalan bola dan passing pun tak betul," katanya kepada Majoriti.

KUALA TERENGGANU 13 Novemberr 2013 - The 61-year-old ex-Perak and Kedah coach Azraai Khor Abdullah speaking to the press after have signed two-year contract as head coach for T-Team in here.zabidi tusin/the star/kuala terengganu

Azraai Khor. — The Star

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai persembahan hambar skuad negara pada kejohanan Kejohanan AFF B-23 2022 di Phnom Penh, Kemboja.

Skuad bimbingan Brad Maloney tersingkir di peringkat Kumpulan B kejohanan itu, selepas dua kali tewas kepada Laos, iaitu kekalahan 2-1 pada Jumaat lalu dan 2-0 pada Isnin.

Menurut bekas jurulatih Harimau Muda itu, beliau percaya Maloney sudah memilih pemain yang terbaik untuk dibawa ke Kemboja, namun kekurangan minit permainan menjadi punca skuad Harimau Muda gagal beraksi baik dalam kejohanan tersebut.

Katanya, daripada 28 pemain yang dibawa ke kejohanan itu, hanya beberapa pemain sahaja yang mendapat peluang beraksi di peringkat tertinggi secara kerap.

Jelas Azraai, pembatalan kejohanan Piala Presiden dan Piala Belia selama dua tahun berturut-turut akibat Covid-19 memberi kesan yang besar terhadap pembangunan skuad muda negara.

"Jika kita lihat, hanya beberapa pemain seperti Aiman Afif yang kerap diturunkan bermain bersama pasukan mereka. Yang mana dipanggil menyertai kelab mereka, dapatlah minit permainan. Yang tak dipanggil, level mana saja mereka beraksi?

"Banyak kali dah saya cakap kita harus lakukan sesuatu supaya budak-budak ni dapat peluang bermain di Liga Premier mahupun Liga Super, tapi benda tu nampaknya tidak berlaku. Sekarang nasi pun dah jadi bubur," katanya.

Tambahnya, perubahan drastik harus dilakukan terhadap sistem liga tempatan supaya pemain muda mempunyai peluang beraksi secara kerap.

Katanya, pasukan kedua atau 'feeder club' yang beraksi dalam liga sepatutnya tidak dibenarkan menggunakan pemain import supaya pemain tempatan, terutamanya pemain muda mendapat peluang beraksi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram