'Tonggak bek Selangor perlu diberi peluang, bukannya kuda tua'


  • Podium
  • Isnin, 28 Mac 2022

SHARUL (kiri) sebelum ini berasa gembira apabila diberi peluang untuk bersama skuad negara.

KEKALAHAN Harimau Malaya pada perlawanan persahabatan antarabangsa Siri Tiga-Negara FAS 2022 menentang Singapura pada Sabtu menyaksikan banyak hantaran berbaur kekecewaan yang dilontarkan dari peminat bola sepak tanah air di medium media sosial.

Tidak kurang juga ada yang mengkritik sesetengah pemain seperti kapten pada perlawanan tersebut iaitu Aidil Zafuan Abd Razak yang mana peminat menyarankan agar Aidil digantikan dengan pemain lain.

Warganet yang menyifatkan Aidil sebagai 'kuda tua' dan perlu digantikan dengan bakat muda dan antara nama yang disebut-sebut ialah Sharul Nazeem, pemain pertahanan yang bermain untuk pasukan Selangor FC.

Pengguna Facebook, Nazrul Anwar berkata, seharusnya sewaktu perlawanan persahabatan, pemain seperti Sharul Nazeem perlu diturunkan untuk bermain menentang lawan dan bukannya Aidil.

"Malaysia ni bukan tiada pemain muda. Tapi masih nak bawa kuda tua atas dasar pengalaman. Sepatutnya waktu friendly ini la cuba Sharul Nazeem berbanding Aidil

"Aidil itu dah nak masuk ke fasa persaraan dah pun, mungkin jurulatih nak tolong cukupkan 100 caps," katanya.

Nazrul juga tidak nafikan bahawa Sharul atau lebih dikenali dengan panggilan Afro itu ada kekurangan namun baginya percubaan untuk mengetengahkan pemain itu perlu dilakukan pada perlawanan seterusnya.

"Kekurangan itu memang ada tapi sampai bila nak guna player tua.

"Lawan Singapura pun sudah pancit, belum Vietnam lagi," katanya.

Untuk rekod, tahun ini merupakan pertama kali pemain berumur 22 tahun itu berjaya dipanggil ke latihan skuad negara di bawah bimbingan Kim Pan-gon dan ia bukan laluan mudah untuknya kerana perlu bersaing dengan pemain seperti Shahrul Saad, Dominic Tan, Dion Cools serta Aidil. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram