Apa yang patut Dion Cools buat sebagai bek kanan Harimau Malaya, contohi bintang JDT


  • Podium
  • Ahad, 27 Mac 2022

COOLS (kanan) terima kecaman kerana terlalu ghairah keluar dari posisinya ketika perlawanan menentang Singapura pada Sabtu. — Facebook FAM

KEKALAHAN skuad bola sepak kebangsaan kepada Singapura ketika perlawanan persahabatan pada Sabtu, memberikan kekalahan pertama Harimau Malaya di bawah kendalian Kim Pan-gon.

Perlawanan itu juga mendedahkan beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki oleh Harimau Malaya bagi menghadapi perlawanan antarabangsa seterusnya.

Malahan beberapa pemain turut dikritik kerana gagal mempamerkan aksi terbaik dalam perlawanan itu.

Salah seorang pemain yang terkena 'tempias kecaman' para peminat tempatan adalah Dion Cools.

Ekoran prestasi kurang memberangsangkan pada Sabtu, Cools memohon maaf kepada para peminat di Twitter dan bertekad akan menunjukkan aksi lebih baik selepas ini.

Menjengah ruangan komen di media sosial, rata-rata peminat membicarakan tentang prestasi Cools dan perkara boleh dilakukan oleh pemain itu dalam perlawanan seterusnya.

Screenshot 2022-03-27 135609

Menurut pengguna Facebook, Abu Syafie, Cools dilihat sedar tentang keghairahannya menyerang sehingga mengabaikan posisi asalnya sebagai bek kanan.

"Tengok pemain Johor Darul Takzim (JDT), Matt Davies, contoh bek kanan yang berdisiplin," katanya.

Ujar seorang lagi pengguna Facebook, Jeffry Jimmy, pemain pertahanan lain perlu memberi sokongan kepada Cools ketika pemain itu melakukan serangan.

"Rasanya backup Cools apabila keluar dari posisi harus ada.

"Ini yang patut pemain cepat baca sekiranya 'kawan' tiada di posisi.

"Sekiranya banyak bergerak, maka ruang sudah semestinya akan ditinggalkan sebab itu, pemain lain kena cover.

"Persefahaman posisi kena ada," jelasnya.

Bagi pengguna Facebook, Denok Kutip, tindakan Cools untuk naik ke atas apabila menyerang adalah sesuatu yang normal dalam bola sepak moden bagi seorang bek kanan.

"Bukan kesalahan besar sampai nak minta maaf.

"Keseluruhannya, dah sedap permainan Harimau Malaya, cuma tiada tuah saja nak dapat jaringan.

"Cools main rajin. Bagi aku, Harimau Malaya kalah sebab skil individu pemain Singapura, Ikhsan Fandi," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram