‘Zaman dah habis bro’ — Ramai desak Aidil Zafuan gantung but, lupakan Harimau Malaya


  • Podium
  • Ahad, 27 Mac 2022

AIDIL (dua dari kanan) ketika menjalani sesi latihan bersama skuad kebangsaan. — Facebook/FAM

PERLAWANAN persahabatan antarabangsa Siri Tiga-Negara FAS 2022 menyaksikan Malaysia kecundang 1-2 di tangan Singapura pada malam Sabtu.

Dalam perlawanan di Stadium Nasional, Singapura itu, rata-rata penyokong skuad kendalian Kim Pan-gon tidak berpuas hati dengan persembahan ditunjukkan oleh pemain pertahanan, Aidil Zafuan Abd Razak.

Seperti biasa, netizen menjalankan tugas mereka sebagai pemerhati dan menyifatkan Aidil tidak lagi 'fit' atau kurang bertenaga untuk beraksi bersama Harimau Malaya.

Mohd Fadzil Mohd Salleh berkata, zaman kegemilangan pemain itu sudah habis apatah lagi dia sudah terlalu perlahan untuk menyaingi kepantasan penyerang lawan.

"Pegang bola pun lambat nak cari kawan. Tak boleh balik-balik back pass. Tapi kenapa Khuzaimi tak main?" soalnya dalam hantaran di laman Facebook.

Memberi respons kepada komen itu, Firdaus Sabri berkata, kemungkinan Pan-gon hanya ingin menguji pemain tersebut.

"Nama pun persahabatan untuk cuba taktikal baharu kan. Tapi zaman dia dah habis," katanya.

template - 2022-03-27T091647.942

TANGKAP layar komen netizen berkaitan persembahan Aidil Zafuan pada malam Sabtu.

Sementara itu, Mohd Radzuan Ibrahim menyarankan supaya pemain tersebut digantikan dengan posisi pertahanan yang lebih muda.

"Banyak aduh depa macam Khuzaimi dan Harith defend Terengganu. Ramai yang muda berbakat," katanya.

Namun, Faizal Zakeri berkata, pemain tersebut tidak perlu pencen lagi kerana pengalaman dan kepimpinannya penting dalam pasukan.

"Ni friendly je. Coach nak test combination. Taulah oppa (Pan-gon) nak pilih siapa nanti," katanya.

Membalas komen Faizal Zakeri, Yus Van Yusteroy berkata: "Pengalaman je tak cukup nak menang game bang, kena ada kudrat juga. Safiq (Rahim) tu sebaya dia macam ni okay je main lagi," — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram