PEMAIN kacukan negara, Dion Cools mengakui persembahannya bersama skuad Harimau Malaya menerusi aksi persahabatan antarabangsa Siri Tiga-Negara FAS 2022 di Stadium Nasional, Singapura pada malam Sabtu, antara paling buruk sepanjang karier beliau.
Cools, 25, menerusi satu ciapan di Twitter memohon maaf kepada semua penyokong bola sepak negara atas aksi yang mengecewakan itu.
"I'm not gonna lie. This might be my worst performance for the national team and I really wanna apologize to all people.
"Last game was amazing, this game is one to forget real fast. This is part of life," katanya.
TANGKAP layar ciapan Cools berhubung kekalahan Harimau Malaya dengan Singapura pada aksi persahabatan antarabangsa Siri Tiga-Negara FAS 2022. — Twitter
Pemain pertahanan berbisa itu turut berterima kasih kepada para penyokong skuad Harimau Malaya yang terus memberi sokongan kepada pasukan kendalian Kim Pan-gon itu.
"Thanks for the support once again and next time we can all celebrate together," katanya.
Pada perlawanan itu, Malaysia terpaksa akur dengan kekalahan tipis 1-2 kepada Singapura.
Penyerang muda Ikhsan Fandi, 22, yang juga anak kepada legenda bola sepak Singapura Fandi Ahmad, menjadi watak utama pada aksi Derbi Seberang Tambak itu, apabila menjaringkan dua gol bagi skuad Singa di bawah kendalian jurulatih sementara Nazri Nasir.
Gol Malaysia disumbang oleh pemain naturalisasi, Liridon Krasniqi selepas melengkapkan hantaran daripada Muhammad Akhyar Abdul Rashid pada minit ke-57.
Skuad Harimau Malaya, seterusnya akan beraksi menentang kelab tempatan Albirex Niigata FC dalam aksi tertutup pada Isnin ini (28 Mac). — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram