Identiti penyerang ‘false 9’ selain Syafiq Ahmad dikenal pasti


  • Podium
  • Ahad, 27 Mac 2022

SYAFIQ (tengah) menjadi pilihan utama untuk mengisi posisi penyerang skuad kebangsaan. — Facebook/FAM

KETUMPULAN barisan serangan pasukan kebangsaan bukanlah satu perkara yang baharu, namun sudah dibicarakan sejak sekian lamanya.

Ketiadaan penyerang berbisa sering kali memakan diri apabila Harimau Malaya beraksi di pentas antarabangsa.

Malahan, kehadiran pemain naturalisasi seperti Guilherme De Paula juga tidak memberikan sebarang impak positif kepada barisan serangan skuad kebangsaan.

Susulan kekalahan kepada Singapura pada Sabtu, ramai memberi pandangan ketiadaan Syafiq Ahmad membataskan peluang Malaysia untuk menjaringkan gol.

Impak positif ditonjolkan Syafiq ketika menentang Filipina pada Rabu nyata menggembirakan para penyokong namun pada masa sama, mencetuskan keresahan tentang kurangnya pilihan penyerang dalam skuad kebangsaan.

Screenshot 2022-03-27 154559

ANTARA komen warganet di media sosial. — Facebook

Menjengah ruangan komen di media sosial, para peminat memberikan pandangan tentang pilihan penyerang yang wajar dipilih oleh ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan-gon dalam perlawanan antarabangsa akan datang.

Menurut pengguna Facebook, Tarreq Ziad, pemain Selangor iaitu Danial Asri berpotensi memainkan peranan 'false 9' seperti dilakukan oleh Syafiq.

"Taktikal pasukan sekarang tak perlukan penyerang tulen, kena ada 'false 9' yang boleh buka ruang kepada rakan sepasukan lain menjaringkan gol.

"Setakat ini, Syafiq saja selesa bawa peranan itu, yang lain setakat ini tidak tahu," katanya.

Seorang lagi pengguna Facebook, Effy Hanafi, pemain PJ City iaitu Darren Lok dan S. Kumaahran wajar diberikan peluang untuk mengisi posisi penyerang skuad kebangsaan.

"Dua pemain itu banyak minit permainan kerana PJ City tiada pemain import.

"Selain itu, Shahrel Fikri pun boleh cuba gandingkan dengan Hadi Fayyadh.

"Luqman Hakim pula mungkin akan main Piala Asia Bawah 23 Tahun (B-23) nanti," ujarnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram