Tewas besar dengan JDT, Sarawak United tetap dipuji tak main 'parking' bas


SAFAWI (tengah) antara penyumbang gol dalam perlawanan JDT menentang Sarawak United FC pada malam Rabu. — Facebook Johor Southern Tigers

PERLAWANAN Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, dekat Iskandar Puteri, Johor pada malam Rabu menjadi pentas mudah buat pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) apabila berjaya membelasah Sarawak United FC 6-0.

Dalam perlawanan itu, gandingan import JDT, Fernando Forestieri dan Bergson Da Silva masing-masing menjaringkan dua gol bagi memastikan pasukan meraih kemenangan bergaya di hadapan kira-kira 14,000 penonton.

Carli De Murga dan Safawi Rashid masing-masing meledakkan satu gol.

Skuad Kenyalang Emas cuba bangkit untuk mencari gol pembukaan, namun tidak berjaya menewaskan benteng ampuh pasukan tuan rumah.

Meskipun tewas di tangan tuan rumah, skuad Sarawak United mendapat pujian daripada rata-rata penyokong JDT berikutan pasukan Borneo itu tidak membuat taktikal 'meletakkan bas' atau pun bermain secara bertahan.

Malah, Sarawak United tetap menonjolkan aksi 'melawan' walaupun bermain dengan 10 orang selepas Raja Imran Shah Raja Amin dilayangkan kad merah pada minit ke-42.

Razeeb Brader berkata, Sarawak United dalam perlawanan itu menunjukkan semangat dan keberanian yang tinggi serta terus cuba menyaingi JDT.

"Tak perlu parking bas seperti team lain. Walaupun Sarawak tewas tetapi bermaruah.

"Respect Sarawak. Salam hormat dari fans JDT," katanya.

template - 2022-03-10T093954.596

PUJIAN penyokong JDT ke atas Sarawak United yang tidak bermain secara 'meletakkan bas'.

Turut mengucapkan tahniah atas kemenangan JDT, 许宇菁 tidak ketinggalan untuk memuji Sarawak United kerana berani bermain secara open play, sekali gus boleh melihat kelemahan mereka.

"JDT tidak akan putus asa tambah gol yang besar. Sarawak United FC cuba perlawanan yang seterusnya," katanya.

Amid Bikes menulis: "Tahniah JDT n terbaik Sarawak walaupun tewas tetap open tak ada main parking bas mcm team lain,"

Misai Jamal menambah: "Pujian Sarawak, berani open play. Jangan jadi macam team KL, Penang, bacul,"

"Sarawak parking motor je...Sebab itulah kena sampai 6 biji (gol)... Apa pun pun good game Sarawak," kata Dzulhisham Abdulaziz.

Terdahulu, pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi Instagram mengakui, taktikal Penang FC untuk ‘meletakkan bas' ketika menentang skuad Harimau Selatan bukan satu ‘kesalahan’.

Namun, apa yang dikesalkan Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor itu adalah pendekatan pasukan Harimau Kumbang, yang dilihat terlalu banyak ‘membazirkan’ masa dan perkara itu adalah sesuatu yang sukar untuk diterima.

Malah, Tunku Ismail turut bersimpati dengan penyokong yang datang menyaksikan perlawanan bola sepak yang ‘dihidangkan’ dengan ‘drama’ penjaga gol terlantar kesakitan selepas menyelamatkan percubaan pasukan lawan.

Parking bas ok. Tetapi time wasting teruk. Bayangkan stats (statistik) menunjukan kami hanya bermain 46 minit sahaja. Yang lain setiap sepuluh tujuh minit jatuh.

“Kita sahaja negara di mana setiap kali goalkeeper save dia akan injured dan baring selama 3 minit. Sampai bila nak macam ni?

“Apabila coach kami tanya foreign player Penang, mereka cakap coach punya instruction. Mulai dari minit ke 5 hingga habis. Kesian penyokong yang datang untuk menyaksikan bola sepak,” katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram