'Mujur jersi Penang FC merecik, tak macam jersi Ultraman Kedah... Jersi JDT yang mahal pun tak lawa macam ni'


JERSI utama yang akan digunakan pasukan Penang FC untuk saingan 2022. — Facebook

PELANCARAN jersi pasukan Penang FC pada Isnin mendapat pujian daripada penyokong pasukan itu yang menyatakan rasa teruja dengan rekaan jersi tersebut.

Rata-rata penyokong Penang FC menyatakan rasa semangat untuk memiliki jersi tersebut tetapi dalam masa yang sama bersyukur kerana jersi pasukan sokongan mereka tidak seperti jersi pasukan yang lain terutamanya jersi Kedah Darul Aman (KDA) FC.

Untuk rekod, jersi KDA FC bukan sahaja mendapat tentangan daripada penyokong mereka, tetapi menjadi bahan tawa peminat bola sepak dek kerana rekaan logo penaja yang dilihat tidak diletakkan dengan baik.

Malah, disebabkan rekaan itu juga jersi KDA FC dilabel sebagai jersi ultraman.

Sementara itu, perkara sama juga dinyatakan oleh peminat Penang FC di media sosial.

jersi

TANGKAP layar komen penyokong Penang FC berkenaan pelancaran jersi terbaharu kelab bola sepak itu. — Facebook

"Cantuman klasik dengan moden. Okaylah, janji ada jersi yang smart dipakai..baju away kuning sluaq biru pun smart," kata Lah Abdul.

"Okaylah daripada baju team 'ultraman' tu," kata Steady Khai.

"Maaf mencelah, mujur la home kit kita padu. Nasib bukan Ultraman Dina," kata Fakhrul Syakirin.

"Lawa, gabungan warna menarik dan ada ciri-ciri negeri. Saya suka," kata Yunizam Yunz.

Selain itu, ada juga netizen yang cuba membandingkan jersi Penang FC dengan jersi JDT.

"Macam jersi dari kelab jepun. Jersi ni lawa lagi daripada jersi dari selatan tu," kata Rafz Panamera.

"Jersi JDT yang mahal tu pun tak lawa macam ini," kata AreWeh Fairuz.

Selain jersi utama, Penang FC turut merasmikan jersi kedua dan jersi bagi penjaga gawang pada pasukan Penang FC pada Isnin. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram